Saturday, 18 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #3

Salam 13 Ramadan!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana hari ini Budak diberi kesempatan bersama dengan ISMA Bintulu, untuk menadah ilmu dalam kitab karangan Muhammad Qutb, iaitu adik kepada Syed Qutb yang berasal dari Mesir.
Kitab itu bertajuk "Hal Nahnu Muslimun"- Benarkah kita Islam?
Kitab ini dikupas oleh senior dari kalangan ahli ISMA Bintulu sendiri iaitu Akhi Zafry. Daurah ini diadakan di ADTEC Bintulu. Kehadiran Budak dalam majlis ilmu tersebut membuka lagi minda Budak mengenai hakikat dan realiti agama Islam dahulu dan sekarang. Bagi Budak Islam kini berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Sad to say, rupa2nya pemerintahan kita sekarang dan institusi raja2 banyak dipengaruhi illuminati sejak sekian lama. Sekarang Budak jadi buntu, apa patut Budak undi bila pilihanraya nanti???


Daurah berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum pulang Kak Kinah memberikan puding gula hangus bak kata oghe kelate atau nama 'komersial' nya puding karamel sebagai juadah berbuka puasa nanti x)))
Sangat istimewa puding gula hangus kerana ia menyimpan 1001 kenangan de sebalik puding tersebut. Kenangan sewaktu di Mesir dan kenangan sewaktu di rumah di mana mama Budak selalu buat puding tersebut terutama sekali di bulan puasa. <3 <3 <3
Pulang dari ADTEC dengan Kak Zati. Kami singgah di bazar Ramadan, dan Kak Zati pula belanjaa masyaa Allahh...Terharu Budak dengan kebaikan mereka. Mereka sangat pemurah dan dermawan. Semoga Allah membalas nya dengan kebaikan. Sedikit sebanyak budak terinspirasi dengan sikap-sikap mereka akhowat dan ikhwah ISMA.
Kak Zati datang ambil Budak di UPM dan hantar pulang. Ikutkan Budak rase boleh ja merempit dengan motor.... Tapi mereka nie sayang takut terjadi apa-apa maka Budak terpaksa akur laa....huhuhuu
Hari itu Budak rasa sangat bertuah kerana bukan sahaja dapat rezeki berupa ilmu tetapi juga dapat rezeki makan untuk berbuka. Kebetulan pula hari tersebut tiada iftor jamaie di Pusat Islam, Kak Zati pula belanja berbuka ^___^

**Tiada selingan gambar kerana fon Budak rosak sudah seminggu lebih xguna fon..Hanya berkomunikasi menggunakan fb ja**

Saturday, 11 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #2

Salam 7 Ramadan!!!

Hari ini hari Sabtu genaplah satu minggu kita berpuasa. Sekejap saja masa berlalu.

Saja Budak ingin berkongsi. Suasana Ramadan di perantauan sangat lah bermakna lagi menyeronokkan jika kita sendiri yang menghidupkan suasana Ramadan tersebut. Bagaimana menghidupkan suasana bulan Ramadan itu?
Pertama ialah kita melakukan aktiviti di bulan puasa bersama-sama dengan rakan-rakan kita seperti berbuka puasa, bersahur, mendirikan solat terawih, bertadarus dan banyak lagi. Jika di

Kedua ialah membina suasana Ramadan di bilik dengan menghias bilik dengan suasana Ramadan seperti yang kita lihat di negara-negara Arab seperti Mesir. Kita mengalu-alukan kedatangan Ramadan. Ahlan Wasahlan yaaa Ramadan....

Begitulah antara cara yang Budak lakukan untuk menghidupkan dan merasai suasana puasa di perantauan.. Jika kita tidak mencipta dan mencari suasana Ramadan kita tidak akan merasai suasana Ramadan itu.

Cerita lepas tarawikh...
Budak balik ke bLok asrama..belum sempat bukak pintuu,,,dari jauh si Faiqah;
"Malll......ade makannann.....nahhh ambik.."
nahh gebebubbb satuu bag plastikk bsaq,,,banyak gilaaa dengan nasi kerabu,kuih, roti dan lain2 lagii..xtau mana mereka pii iftorr....
Belum sempat pintu bilikk ditutupp,,,
datang semangkuk lagii kuih,,,dari Kak Pijooo...rupanya dia wssap Budak dri td lagi Budak baru tengok....
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadan,,, bagi Budak Ramadan tahun nie di perantauan terasa laa nikmat suasana tersebut ^___^

#upmkb
#akmalthejourneyofz
#madrasahRamadanBintulu
x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x

Tuesday, 7 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #1

Assalamualaikum.. Salam 2 Ramadan!!!

Hari ini merupakan hari ke-2 Ramadan.. Semalam permulaan Ramadan Budak awal-awal lagiii sudah menjelajahhh Bazaarr Ramadan di Bintulu, bertempat di Airpor Lama Bintulu tetapi xsempat nak merakam suasana kat sana.hehe

Zooming lensa kamera Budak hari ini adalah di Pusat Islam UPM Kampus Bintulu, Sarawak.. Hampir setiap hari dalam bulan Ramadan diadakan majlis berbuka puasa untuk pelajar dan staff-staff UPM. Hari ini sangat istimewa dengan kunjungan Naib Canselor UPM ke kampus Bintulu, Prof Datin Paduka Dr. Aini Ideris.

Suasana berbuka puasa di Pusat Islam sangat meriah ditambah pula dengan kedatangan adik-adik yang baru mendaftar masuk diploma. Budak pun turut eksaited menerima adik-adik baru.. Herherher
Macam-macam kerenah diorang. Mereka datang dari seluruh pelosok tanah air.






Ruang makan untuk staff dan pelajar UPM







Ruang berbuka puasa VIP


Monday, 6 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #Permulaan

Salam 1 Ramadan!!!

Ramadan tiba,,
Ramadan tiba,,
Ramadan tiba,,
Marhaban yaa Ramadan..
Marhaban yaa Ramadan!!!

Setiap kali masuk bulan Ramadan lagu Opick ini lah yang selalu bermain-main di fikiran.. Kenangan Budak berpuasa di Mesir pada tahun 2013 masih terbayang di mata. Kenangan yang tidak akan dilupakan sepanjang hidup Budak. 3minggu Budak menghabiskan bulan Ramadan berpuasa di Mesir.  Seminggu sebelum raya baru Budak pualng ke Tanah Air. Lagu ini lah yang kami ingin jadikan tema bagi program permulaan Ramadan di Mansurah ketika itu, "Ramadan Eve" yang tidak dapat kami jalankan kerana keadaan Mesir yang bergolak pada ketika itu. 2 tahun sudah berlalu peristiwa itu dan ia masih segar di ingatan.

Tahun ini pula sekali lagi Budak berpuasa di perantauan, bumi Borneo Sarawak selama 3minggu iaitu selama 20 hariii. Hal ini kerana Ramadan kali ini jatuh pada musim fatrah imtihan bagi kami student Bachelor. 1 Ramadan hari bermulanya study leave kami. Budak merasa sangat bertuah kerana dapat merasai puasa yang di mana waktu berbuka nya LEBIH AWAL dari semenanjung Malaysia!!!! Boleh laaaa bikin adik-adik Budak kat rumah jelesss.hahahahaa!!!
Sebenarnya tahun ini merupakan kali ke-2 Budak berpuasa di bumi Borneo Sarawak. Cuma nya tahun lepas sekejap saja puasa.

Cantik sungguh tarikh mula puasa tahun ini, 06/06/16 xD

Btw,
Ini mukaddimah kepada entry cerite kita "Travelog Ramadan Akmal 1437H"
Teruskan lah ikuti pengalamana-pengalaman pahit manis Budak di bumi Borneo Sarawak.
Kepada adik-adik yang bakal melanjutkan pelajaran ke UPM Kaampus Bintulu, hakak ucapkan AHLAN WASAHLAN waa marhabann ila ardhu Bintulu, Sarawak!!!
Dan semoga catatan ini sedikit sebanyak memberi gambaran kepada adik2 mengenai kehidupan di Kolej Sri Rajang iniii..

#travelogRamadanAkmal1437H
#akmaltheJourneyofZ
#upmkb
#kolejSriRajang

Tuesday, 17 May 2016

Kelas ladang terakhir... Program Buku Hijau





بسم الله الرحمن الرحيم....

Suatu hari nanti pasti ku merindui....

Kelas Buku Hijau..
Bersama Dr. Joseph dan Dr Patricia...
Bersama staff-staff TPU..

Tanggal 13 May 2016 merupakan hari terakhir kami kelas Buku HIjau. Program Buku Hijau merupakan satu-satunya program yang ada di IPT Malaysia dan UPM merupakan satu-satunya Universiti yang menjalankan program ini. UPM Kampus Bintulu. Kerajaan telah membelanjakan sebahagian peruntukan untuk program Buku Hijau ini.

Yang terlibat dengan program ini adalah pelajar dari Diploma dan Bachelor di UPM Kampus Bintulu. Program ini lebih kepada pendedahan kepada dunia pertanian. Diadakan pada setiap hari Jumaat. Terdapat 6 Siri Program Buku Hijau di mana setiap pelajar perlu mengambil 4 siri selama 4 semester.
Di penghujung setiap semester diadakan pembentangan tentang hasil pembelajaran sepanjang sem tersebut.

Dalam hidup Budak xkan pernah bermimpi akan terjun kolam, bercucuk tanam di tengah panas terik matahari, menggunakan jentera-jentera pertanian. Memang Budak tiada lah pernah melakukan semua aktiviti ini sebelum masuk UPM walaupun hidup berlatar belakang kampung. Tapi kampung tempat Budak tinggal nie kampung dekat dengan bandar. Selalunya kerja-kerja macam nie dilakukan oleh orang dewasa lelaki terutama nya sekali. Sebelum nie bidang Budak dalam sains tulen, Pergigian. Pertama kali bertukar bidang nie agak berbeza sikit point of view. Tapi still Budak carry pemikiran yang dulu, sekarang sudah 2 tahun Budak berkelana di bumi Bintulu Sarawak masih juga Budak tidak dapat menyesuaikan diri lagi dengan persekitaran di sini. Persekitaran di Mahsa Universiti, Gamaah Mansoura dengan IPTA UPM Kampus Bintulu sangat berbeza. Okee STOP.!! hahaa bukan itu topik yang Budak nak bercerite... Fokus Budak ialah pengalaman selama 4 semester dengan Program Buku Hijau.


Flashback Semester 1:





Flashback Semester 2:

-Pengurusan Tanaman Budah-buahan

Buah naga baru berbuahh heee

Belajar buat perangkap lalat buahhhh xDD
Belajar kaedah propagate pokok jambu- Tut
 Tut atau dikenali sebagai Air Layering atau Marcott merupakan kaedah pembiakan tumbuhan secara asexual di mana ciri-ciri pokok induk sama dengan anak pokok. Kaedah ini sesuai untuk semua jenis pokok dan kaedah ini kaedah paling senang untuk menghasilkan anak pokok. Lepas niee boleh laaa cuba kat rumah... Cari root hormone boleh buat di rumah. Hehehe

Menanam pokok Lemon. Ohhh lupa nak pi tengok mcm mana keadaaan pokok yang kami tanam sekarang.hahaaa


Lelaki berkemeja itu lah pensyarah kami... Prof.Dr Joseph Boong

Lemon yang berpenyakit. Diserang oleh Leaf Miner


Semua ada....Kelapa nie petik dari ladang jugaa.a...hehehe

Flashback semester 3:


Pembiakan telur ikan-budak diploma buat...Bukan Budak.hahaaa







Paling bezt laaa terjunn kolam

    

Kolam ikan tilapia





















Flashback semester 4:
-baru-baru ini-













Last moment of Green Book Programme :((((

Kalo xdisebabkan tercampak ke sini xkan Budak dapat merasai pengalaman seperti ini..
Syukur alhamdulillah..
Bersangka baik dengan Allah kerana sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Seperti firman Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


#akmalthejourneyofz
#programbukuhijau
#upmkb
#bsbi
#2014
#2015
#2016

Wednesday, 11 May 2016

Monologue Egypt 8 ~

Assalamualaikum wbt..
Kepada pengunjung setia bLog Budak semoga bahagia selalu ^__^

Dalam seminggu nie(Minggu ke-2 bulan May) xsempat Budak nak update entry.. Cerite pengakap ada banyak lagii belum sempat nak sambung. Insyaa Allah akan di update juga sebelum masuk minggu ke-3 ... Sedikit pengumuman,, kalo korang smua ade perasan ada entry YANG HILANG! o.o
Yahh,,,,Catatan pengakap yang hilangg.....Budak terpaksa sorokkan seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan insyaa Allah nanti akan repost balik ^__^

Sebenar nya Budak baru je bukak buku Bi,  nak siapkan esaimengg yg sepatutnya siap mingggu niee. Tiba-tiba rindu kat pengunjung setia bLog Budak. Jadi dicoretkan sedikit entry... Tiba-tiba Budak nak share satu lirik lagu niee... hehe tajuknya, Mahar Cinta-Devotees



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

Tibe-tibe rase nak letak gambo nie ...xtau laaa spe~.~


#Akmalthejourneyofz

Friday, 6 May 2016

Aktiviti Khidmat Masyarakat di Kampung Dagang,Tatau Bintulu Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum wbt..

Insyaaa Allah kali ne Budak mo cerite sikit pengalaman melakukan aktiviti kebajikan di sebuah kampung di Tatau yang bersempadan dengan daerah Bintulu, Sarawak. Kampung ini diberi nama Kampung Dagang.

Merujuk kepada Skim Latihan Kelana,menjalani aktiviti kebajikan ini merupakan salah satu daripada keperluan untuk mendapatkan lencana Perkhidmatan di bawah pilihan D iaitu menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.

Pada kali ini kami melakukan aktiviti kebajikan bersama penduduk Kampung Tatau. Cuaca pagi ini sangat cerah.
Kami berkumpul di Bugis Cafe.

Setibanya di Kampung Dagang kami berkumpul di sebuah restoran iaitu Bugis Cafe. Kami disambut mesra oleh ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan Kampung Dagang serta penduduk-penduduk kampung. Mereka sangat peramah. Mereka menyambut kami dalam satu Majlis 'Selamat Datang ke Kampung Dagang'. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis disambung dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan daripada Ketua Kampung Dagang diikuti ucapan dari wakil rombongan KLKM UPMKB.




Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...