Saturday, 18 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #3

Salam 13 Ramadan!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana hari ini Budak diberi kesempatan bersama dengan ISMA Bintulu, untuk menadah ilmu dalam kitab karangan Muhammad Qutb, iaitu adik kepada Syed Qutb yang berasal dari Mesir.
Kitab itu bertajuk "Hal Nahnu Muslimun"- Benarkah kita Islam?
Kitab ini dikupas oleh senior dari kalangan ahli ISMA Bintulu sendiri iaitu Akhi Zafry. Daurah ini diadakan di ADTEC Bintulu. Kehadiran Budak dalam majlis ilmu tersebut membuka lagi minda Budak mengenai hakikat dan realiti agama Islam dahulu dan sekarang. Bagi Budak Islam kini berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Sad to say, rupa2nya pemerintahan kita sekarang dan institusi raja2 banyak dipengaruhi illuminati sejak sekian lama. Sekarang Budak jadi buntu, apa patut Budak undi bila pilihanraya nanti???


Daurah berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum pulang Kak Kinah memberikan puding gula hangus bak kata oghe kelate atau nama 'komersial' nya puding karamel sebagai juadah berbuka puasa nanti x)))
Sangat istimewa puding gula hangus kerana ia menyimpan 1001 kenangan de sebalik puding tersebut. Kenangan sewaktu di Mesir dan kenangan sewaktu di rumah di mana mama Budak selalu buat puding tersebut terutama sekali di bulan puasa. <3 <3 <3
Pulang dari ADTEC dengan Kak Zati. Kami singgah di bazar Ramadan, dan Kak Zati pula belanjaa masyaa Allahh...Terharu Budak dengan kebaikan mereka. Mereka sangat pemurah dan dermawan. Semoga Allah membalas nya dengan kebaikan. Sedikit sebanyak budak terinspirasi dengan sikap-sikap mereka akhowat dan ikhwah ISMA.
Kak Zati datang ambil Budak di UPM dan hantar pulang. Ikutkan Budak rase boleh ja merempit dengan motor.... Tapi mereka nie sayang takut terjadi apa-apa maka Budak terpaksa akur laa....huhuhuu
Hari itu Budak rasa sangat bertuah kerana bukan sahaja dapat rezeki berupa ilmu tetapi juga dapat rezeki makan untuk berbuka. Kebetulan pula hari tersebut tiada iftor jamaie di Pusat Islam, Kak Zati pula belanja berbuka ^___^

**Tiada selingan gambar kerana fon Budak rosak sudah seminggu lebih xguna fon..Hanya berkomunikasi menggunakan fb ja**

No comments:

Post a Comment

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...