Friday, 20 November 2015

a.k.a Budak Teh Tarik

Assalamualaikum wbt..

Nk bgtau acc Budak Teh Tarik suda bertukaq nama kepada yg 'proper' sikit iaitu "Lionel Akmal binti Johari" ....proper kan :3

Ecely sbb acc gmail Budak ne dah jadi official email pulak deyhh....semua assgment antaq guna email nie..wkwkwkkk xD

Once scouting forever scouting

Assalamualaikum warohmatullah...

Lama rasanya xmengupdate blog...Nak diceritakan memang banyak pengalaman/moment baru,pahit,manis,masin sepanjang melangkau masuk semester 3.. Banyak kerja akademik maupun kerja kokurikulum sehingga tiada kesempatan Budak nak mencoret cerite kat sini... Banyak Budak share on the spot di instagram,facebook dan kadang2 wechat.

Oke lah..

PENGAKAPP.!!!!

Kami di UPM Bintulu, pada semester 3 kami ada kokurikulum berkredit(KKB). Disebabkan kami nie 1 kos bachelor je kat sini. dan batch kami brp kerat je yg ambil kokurikulum berkredit. Jadi kami tiada pilihan untuk memilih koku yg kami minat. Batch kami diberi kokurikulum Futsal.. Allahh... Budak XMINAT FUTSAL..!!!! Budak dtg sini pun bawak bola tampar. kLo ada aktvt main futsal Budak mmg surrender awal2...So nak xnak kena jugak la masuk walau terpaksa...

AMAZINGLY,,,,masyaa Allah Maha hebat perancangan Allah...

Start batch kami ditubuhkan satu kokurikulum berkredit baru,iaitu PENGAKAP KLKM.!!!
KLKM-Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia..

Budak dapat wsap dari Pegawai yang menguruskan hal ehwal Pelajar, di mana batch kami di offer untuk join pengakap, apa lagiii excited tahap gabannnnnn.......... Rupanya ada rahmat besar kenapa Allah hantar Budak dari Mesir ke bumi Borneo, rupanya untuk aktif berpengakap lagiiiiiii..... Sejak dari sekolah slogan "Sekali berpengakap selamanya berpengakap" tersemat di dalam jiwa setiap ahli setia pengakap...

BUdak, Patrik, Sandy memang budak pengakap dari zaman sekolah lagi join..Patrik dan Sandy sempat juga merangkul Pengakap Diraja tapi Budak tiada rezeki...


Mmg Budak xpernah aspect dapat kembali berpengakap namun di sini syukur sangat2.... Ditambah pula kami dapat dua orang jurulatih pengakap yang sangat komitmen tinggiii terhadap pengakap....Allah,,,Budak rasa syukurr sangat...xmampu rasanya nak balas jasa mereka..Sir Kon dan En.Hakim..

Insyaa Allah diupdate lagi dari semasa ke semasa mengenai aktiviti pengakap di sini..^^
Barisan krew kami yang GAH.!!!



Friday, 19 June 2015

Ramadan 1436H fi ardhu Sarawak

السلام عليكم ورحمة الله....

Tahun ne merupakan kali pertama Budak berpeluang sambut Ramadan di bumi Bintulu, Sarawak. Sebelum nie kalo tengok di kaca tv jadual waktu berbuka n sahur di seluruhdaerah di Malaysia, selalu jelezz ngan Sarawak sbb berbukak awal..Naah,,sekarang Budak dapat merasai sendirii berbuka dan sahur kat sini.. Sememangnya sangat best. Banyak aktiviti di Pusat Islam UPM Kampus Bintulu. But sad to say, sekarang Budak degree lagi fatrah imtihan :( Xsempat laa join semua program IHRAM versi UPMkb .. Cuma sempat taraweh jaa :((

Walaupun kat sini imsak lebih awal daripada Semenanjung tapi xterasa pape pun...Bez ape :D


1 Ramadan 1436H
Pelajar akhowat smpy suntuk ruang solat bhg perempuan..
hehe

Pelajar ikhwah sedang memenuhi ruang Pusat ISlam...
(Kuliah maghrib by: Ust Halim)

Tuesday, 19 May 2015

Kecewa..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sidang pembaca yang dikasihi...


Cuti midsem seminggu Budak balik kampung. Last minit seminggu sebelum cuti Budak beli tiket. Memang ini luar dari perancangan Budak. Budak balik pun xlama, Ahad smpy kampung Khamis dah bertolak balik Bintulu Sarawak. Tujuan Budak balik ialah,, sebab nak pergi temuduga SPA. Yeaa,,,SPA..untuk jawatan Latihan juru x-ray dan Juruteknologi Makmal Perubatan. Dengan kata laen, semua ne latihan separa perubatan laaa.. Akhir tahun 2014 pun Budak kene jugak temuduga tapi xpergi sebab dalam waktu kuliah. Pada mulanya Budak xingin nak masuk SPA. Alang-alang cuti,ade temuduga. BAlik je laaa...Buleh release tension jap walaupun keje berlambak di kolej...... Beberapa hari sebelum temuduga baru Budak survey mengenai jawatan tu.....Ohhhhh Myyy,,,,,semua silibus yang aku minatt.Of course laaa related to Medical... Waktu tuu baru laaa,sungguh2 nak pi interview. xkesah laaa kene patah balik masuk diploma kaaa asalkan dapat belajaq subject tuuu..Yaaa Allahhh aku rinduu subject MEdic, aku rindu dunia Dentistry kat Mesir...... Yaa Allah harap-harap aku dapat jwatan niee....

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik..
Minggu lepas, Budak cek keputusan... Unlucky, Budak xdapat jawatan tuu.... Kecewa tahap xtau nak kata ape,hampir nak ponteng kelas amali kimia petang tu....Cover dengan sakit gastrik..Ecely,skali ngan sakit batin juga :((
Jeritan batinku tiada siapa dengar, semua org yang Budak call no response.. Lagi menambahkan kesedihan :(((


#Balik kampus lepas cutii,,jenuh mengadap esaimeng yang bergunung.....Duit pun banyak habiz beli tiket...Allah tahu apa yang aku tidak tahu...

#budak tengah tunggu giliran untuk presentation Bi#

Friday, 1 May 2015

Seharian @ Brunei Darussalam

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah lepas cuti akhir semester 1, budak balik awal ke UPM kampus Bintulu. Seminggu awal kott..malas nak extend tiket punya pasal. Kena duit lagii.. Ade rahmat sebenarnya balik awal. Budak berpeluang melawat ke negara Bruneiii.... Walaupun sehari je pusing2 dalam tu, at least dapat jugak Budak kenal negara itu.hehehee

Antara tempat yang dilawat ialah:


  1. Jerudong Park

Kanak-kanak riangg :P
2. Masjid Sultan Hassanil Bolkiah


3. Masjid Sultan Mohamad Ali Saifuddien


Balik sudaaa...




Sehari je dapat bertahan di Brunei....Duit sana sangat laaa mahall.... 1 Dollar Brunei bersamaan RM3.80..tukaq RM100 dapat 38 Dollar Brunei...Sebab tu laa ramai rakyat Brunei memilih untuk shopping di Malaysia iaitu Miri yang paling sempadan dengan Brunei..
Namun banyak juga pengalaman dapat ^__^

Sekurang-kurangnya dapat mengenali tempat orang dah kira cukup..Negara Brunei sangat tenang.

Yang paling Budak terharu ialah:



Tuesday, 24 February 2015

Pemergianmu

I still remember Kobie's smile face..
I still remember Princess naughty acts made us mad..
I still remember every seconds moment before i left them last August..
As i back to hometown 2nd weeks of Jan,
Surprisedly,all of them are sick :(
Kobie???!!!is it he??? He was totally different.!!He look skinny..
Many of Princess' baby 1week age,passed away..i can feel your feelings T_T
Zombiee died unexpectedly..In the morning i saw u healthy but that evening,i saw he paralysed!!
And Allah said in Al-Quran:
"We plan,,and Allah also plan..but Allah's plan is the best.."
I had to accept His qada' and Qadr..
30 January 2015|Friday..
Princess and Kobie both died together...
Out of my prediction.!!
That morning i feel happy to see Kobie's better. He smiled to me.. i saw Princess.She's still with her naughty behaviourr..
I left them..
As i back home,i just see 2 bodies lied under my jacket..my little brother wait for me to buried them..
Now,
I see only empty cage..with 1bunny inside,Junior..Allah take care for him,the only one my loves that left :(
Betapa aku sayang mereka,,aku rawat mereka sepanjang aku di rumh namun rencana Allah mengatasi kudrat aku..
Mereka adalah pinjaman Allah untuk menghiburkan hatiku..Bila2 masa saja Tuannya akan dtg minta balik brg yg dipinjam..Sesungguhnya mereka milik mutlak Allah..
#sedu-sedan sendiri drp dketahui oleh ahli rumh..
#awan mendung di hati kelopak xdpt menakung air mata akhirnya membasahi pipi..

Monday, 23 February 2015

Semester baruu

السلام عليكم ورحمة الله وبركته...

           Pejam celik dah masuk semester 2 Budak dalam program ijazah Sarjana Muda Bioindustri di UPM kampus Bintulu, Sarawak. Ouhhhh sayangnyaaa nak tinggal kampung halamann Kelate ku terchentaaaa.... Sayangnyaa nk tinggal gerai nasi La Catalan wwawaaa...Dah la Budak balik kampus awal seminggu. Sebab tiket dah beli awal2 cuti lagi. Budak malas nak beli tiket baru sebab ia makan kos lagi..Ramai kawan batch Budak  yang beli tiket baru tapi tak pe la, redho je lah...saya SADO.!!!!hahaa mana mumkinn homesickkk...mcm2 Budak boleh buat dengan datang seminggu awal.
<Duk ingat mcm kat Mesir datang awal macam-macam aktiviti ade kat sana. Daurah situ daurah snii..> Rupanya indah angan-angan dari reality. 
Jejak je kaki di Blok J 
-krik krikkk-angin membawa bau cat menerobos dalam lubang hidung-suuunyiii
bLok kami tgh renovation. Mengecat blok...

Mata-mata pekerja Indonesia pandang Budak yg blur-blur patrikk..

        Masuk lah Budak dalam bilik J003. Dari atas nampak muka2 senior yang sampai awal pandang Budak macam nak terkam. Rindu menerjahhh.....Miraaaa,,,,Sidahhh,,,,,Diahhhh(Geng Bilik Kosong)...RIndu Kelatekuuu terchentaaa,,,rinduuu arwah keluarga Kobie dan Princess,,rindu semuaaa.... Xlama datang seekor Kucing,Memehh.!!!! Tapi pelik perwatakan Memeh kali ne,,manja tetibe..... Selalunya beliau ne xsuka manusia. Kali ne dy datang bermanja dgn Budak.. Tapi Alhamdulillah, rase rindu terubat T___T

"Tuw laaa sape suroh balik awall.....tengokk,,org pulak yg susah.."-kata Squidward
Padahae dio yg rindu kita...muehehe jgn mrh ye kawann :P

Memeh :)



Pengisian cuti semester~Jualan Nasi~

Assalamualaikum semua..


Dalam cuti semester hari tuu Budak sempat buat part time job berbisnes jual nasi pagi.. Dapat experience baruu. Inilah kali pertama Budak menceburkan diri dalam bidang perniagaan;menjaja tepi jalan.. Bestttt x)

Alhamdulillah terisi jugak masa cuti sem Budak. Xlama pun berjual nasi pagi. dari jam 7pagi sampai 12 tghhari.Kerja nya pun tidak la berat sangat tapi pulangan Alhamdulillah lemayan laaa bagi Budak sebab dalam sepagi dapat rezeki di saat orang lain enak tido di rumah .
Hari pertama menjual rase agak kekkok sikit. Malu segan pun ade. Lama-lama berjaya dihapus perasaan itu smua. Selama 21 hari Budak kerja jual di waktu pagi alhamdulillah Budak berjaya mengumpul sebanyak RM525.00. Heee Kayaa Budakkk... Bermula dari tu,ialah titik permulaaan kepada Budak untuk minat dalam bidang perniagaan.

Ne laa Gerai La Catalan Budak yang serba indah ne :)

#NasiDagangBanggol
#NasiAirDingin
#NasiKakZah
#NasiMekRos

Semua nasi Budak bagi special name utk nampak menarik x)
Menu yg Budak jual:
1- Nasi berlauk ikan dari kg.Air Dingin,Tumpat.
2-Nasi dagang Kg.Banggol,Pcb.
3-Nasi Daging kerutuk,Gulai ayam,Ayam goreng Kak Zah tepi longkang Smk.Kota Bharu
4-Nasi ayam gulai Mek Rose(bosss nasi Budak-KakMa)
Semua nasi di gerai Budak nasi yang tersohor seluruh Kelantan. Sekarang ne di Kelantan sudah jadi fenomena style jual nasi bungkus siap. Company Budak pun letak lebih 20 cawangan gerai seluruh area Kota Bharu. Yang menjual semua dari kalangan students lepasan SPM,STPM,cuti semester.. Memang meriahhh xDDD

Macam2 experience Budak dapat.. Daripada seorang yang penakut dgn org gila kepada berani. Hehehee
Dari situ laa persepsi Budak terhadap org gila berubah..Sbenaqnya bukan semua org gila harmful. Selama ne Budak yang takott,,,hahaha...Mcm2 ragam diorang ne xkering gusi Budak dibuatnya,sedikit pun takde rase nak marah kat diorg. Tiap2 hari nasi Budak tersedekahkan kat dy ne...
muahahahaa.....sempat jugak Budak snap gmbq dio nee....
harap dio xperasan....


Hujung minggu Budak bagi experience kpd  Eka(adik Budak)  menjual nasi..
Dia jugak yang nak ikutt....herher


                Paling Budak happy bila semua nasi Budak sold out x))) Alhamdulillah tiada pembaziran.. Terkadang syok sangat menjual sampaikan Budak lupa nak mkn. Tgh hari baru jumpa makanan,kadang2 sampai gastrik... Tokei Budak pun baikk,,,pemurahh,,,xkedekutt...nama dy Kak Ma..Kak Ma ne kawan baik mama Budak..Kali ne Budak dapat sekepala dgn dia.heheheee



Yang ne lawakkkk......Punya laaa kuat angin sampai terrbalikk payung.
Nasib baik xjatuh tgh jalan kene kereta.
Nasib baek juga ade pembantu tlg sama2 angkat payung x)
     
HAri terakhir menjual nasi pagi T__T
papa ku datangg singgah tgok Budak berjuall x))


            Banyak lagi laa peristiwa-peristiwa lawakkk xlarat Budak nak ceritakan semua... Dah laa Budak nak update entry punn ikut suasana jugak. Suasana xnyaman xde idea pulak. Sbb tuu lambat Budak update blog..


Secara kesimpulannya Budak dapat::

  • Berniaga merupakan sunnah Nabi..9/10 punca rezeki datangnya dari sektor perniagaan. Rupanya memang betul laa... Sekarang Budak dah experienced sdrii...
  • Menimba sedikit sebanyak selok-belok ilmu perniagaan.
  • Dapat mengikis perasaan malu yang xbertempat dengan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang menjual nasi.
  • Dapat mengasah kemahiran insaniah,iaitu kemahiran interaksi dengan masyarakat.
  • Dapat ringankan beban family. Diorang senang Budak kerja.. HAri2 dapat makan free x)))

Alhamdulillah misi berjayaaaa x)))
Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat Budak gunakan di masa akan datang. aamiiiin yaaa Allah....

~Semoga semangatttt dalam menghadapi hari-hari sebagai mahasiswi UPM...

Thursday, 12 February 2015

Cuti-cuti Malaysia Kelantan

Walaupun kali ini Budak merantau 5bulan cuma di negeri orang, namun kepulangan Budak ditunggu-tunggu juga orang kat rumah. Perasaan ingin pulang pada kali ne xsama seperti perasaan waktu nak balik dari Mesir tahun lalu. Cuma,waktu flight hampir landing di bumi Kelantan terasa rindu membuak-buak. Berhenti je alarm seat belt terus budak tanggalkan,cepat2 capai beg dan terus keluar laju-laju dari perut kapal terbang. Dari jauh Budak tercari-cari kelibat wajah yang dirindui,x ketemu..
Rupa-rupanya, mama Budak tersekat dalam traffic jam depan sekolah adik. Rupanya beliau juga xsabar-sabar untuk sampai di airport dan tunggu aku dpn pintu keluar boarding..

Hari pertama sampai mama bawa Budak breakfast teh tarik madu special Pak Mat x)

~* I MISZED KELATEEE*~

teh tarik madu tepi Sg.Kelate..sedapp..harga pun berpatutan..
For those yg datang kelantan wajib cubaaa...

Wedges buat sdrii...heh

Second day:
Budak pi ziarah tempat bekas banjir besar dan memberi sedikit sumbangan..Tanah Merah.
Allahuakbarr....berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.. Banyak lagi kedai masih belum dapat beroperasi.
Power station Tanah Merah


Friday, 16 January 2015

End of Semester 1

السلام عليكم ورحمة الله وبركته...

Alhamdulillah.. Berakhir juga semester 1 Bachelor of Science Bioindustry. Tak terasa pula rupanya hampir 5bulan Budak merantau di Sarawak ne. Banyak pengalaman pahit maung selama di sana. Semuanya mengajar Budak untuk menjadi lebih dewasa. Itu yang membuatkan Pengembaraan Budak lagi meaningful ^___^
Pejam celik tamat sudah final imtihan semester 1,tanggal 9/1/2015,Jumaat. Abis imtihan, tiba masa untuk pulang ke kg.!!!!
Perjalanan jauh tak ku rasa,
Kerna hati ku melonjak samaa,,
Ingin berjumpa sanak saudara,,
Yang selalu bermain di mata...
0700 ats udara  KL-KB..
Awal-awal lagi sebelum cuti midsem! lagi Budak dah survey tiket untuk pulang. Biasa laa beli awal dapat tiket murah.

Sabtu pagi sempat Budak dgn kawan2 GBO shopping di Pasar Tamu Bintulu. Beli ole-ole untuk dibawa pulang.hee


Antara ole-ole yang famous bagiku di Bintulu khususnya ialah:
1- Kek lapis Sarawak..segenap tempat di Sarawak ade.
2-Span petola- Ramai yang xkenal bende ne.Bende ne susah nak jumpa kat Semenanjung.n xpenah aku jumpa. Tapi di Mesir banyak, di Thailand pun ade x)) Budak beli laa satu bawak balik umah.heee excited punya psai...
3-Belacan Bintulu-Nak tahu di Bintulu sangat terkenal dengan belacan. Orang sana kata sedap. Rasanya xsama dengan belacan lain. Budak pun beli satu paket.ade 4ketul.xde la bsaq sgt.Kecik sikit drp sabun. Harganya rm14.! Yang stengah kilo pulak mencecah rm25.! mmg sedap laa dibuat sambal belacan..nyummm
Ini laa Span petola..
gmbaq ihsan Google..xsempat nak snap ari tuh.he


Untuk pulang ke Kota Bharu Budak perlu ambil 2penerbangan iaitu Bintulu-KL-KBr.
Eheheherr...transit lagi....beza nya dulu untuk smpy ke Kota Bharu 2tempat Budak transit.2kali flight untuk sampai KB.. Cairo-Doha-KL-Kota Bharu.. Jaoh benor journey demi *iLmu*


Flight Budak dari Bintulu ke Kuala Lumpur jam 7malam dan djangka sampai pada jam 9.30pm. Flight Bintulu-KL delay sejam. Sampai airport KLIA2 lewat sejam juga la...
Tapi xkesah laa sbb Budak kene stay di airport jgk sementara tunggu flight airasia balik Kota Bharu pagi esoknya, 11/1/15 jam 6.30am.

Alhamdulillah, flight kite selamat landing dengan selamat di airport KLIA2.. KLIA2 yang dahulunya LCCT tapi berpindah ke airport baru,KLIA2. KLIA2 lagi canggih lagi sistematik daripada airport lama,LCCT.. Lagi besar,luas. Setaraf ngan KLIA. Memang best,selesa sebab banyak tempat untuk lepak sementara tunggu untuk transit. Kononnya nak explore satu airport tapi tewas.hahahahh.. Disebabkan xlarat nak jalan-jalan, mengantukkk.Budak memilih untuk hang out di surau,berdekatan dengan gate untuk balik KB esoknya. Nikmat betul dpt menyantap Gardenia.hehe ...Buat pengetahuan korang di Sarawak xde jual pun roti Gardenia di mana-mana pasaraya. Kalau ade pun mahal..Lepas pekena roti gardenia Budak tertidur sorang-sorang di surau.



Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...