Monday, 23 February 2015

Pengisian cuti semester~Jualan Nasi~

Assalamualaikum semua..


Dalam cuti semester hari tuu Budak sempat buat part time job berbisnes jual nasi pagi.. Dapat experience baruu. Inilah kali pertama Budak menceburkan diri dalam bidang perniagaan;menjaja tepi jalan.. Bestttt x)

Alhamdulillah terisi jugak masa cuti sem Budak. Xlama pun berjual nasi pagi. dari jam 7pagi sampai 12 tghhari.Kerja nya pun tidak la berat sangat tapi pulangan Alhamdulillah lemayan laaa bagi Budak sebab dalam sepagi dapat rezeki di saat orang lain enak tido di rumah .
Hari pertama menjual rase agak kekkok sikit. Malu segan pun ade. Lama-lama berjaya dihapus perasaan itu smua. Selama 21 hari Budak kerja jual di waktu pagi alhamdulillah Budak berjaya mengumpul sebanyak RM525.00. Heee Kayaa Budakkk... Bermula dari tu,ialah titik permulaaan kepada Budak untuk minat dalam bidang perniagaan.

Ne laa Gerai La Catalan Budak yang serba indah ne :)

#NasiDagangBanggol
#NasiAirDingin
#NasiKakZah
#NasiMekRos

Semua nasi Budak bagi special name utk nampak menarik x)
Menu yg Budak jual:
1- Nasi berlauk ikan dari kg.Air Dingin,Tumpat.
2-Nasi dagang Kg.Banggol,Pcb.
3-Nasi Daging kerutuk,Gulai ayam,Ayam goreng Kak Zah tepi longkang Smk.Kota Bharu
4-Nasi ayam gulai Mek Rose(bosss nasi Budak-KakMa)
Semua nasi di gerai Budak nasi yang tersohor seluruh Kelantan. Sekarang ne di Kelantan sudah jadi fenomena style jual nasi bungkus siap. Company Budak pun letak lebih 20 cawangan gerai seluruh area Kota Bharu. Yang menjual semua dari kalangan students lepasan SPM,STPM,cuti semester.. Memang meriahhh xDDD

Macam2 experience Budak dapat.. Daripada seorang yang penakut dgn org gila kepada berani. Hehehee
Dari situ laa persepsi Budak terhadap org gila berubah..Sbenaqnya bukan semua org gila harmful. Selama ne Budak yang takott,,,hahaha...Mcm2 ragam diorang ne xkering gusi Budak dibuatnya,sedikit pun takde rase nak marah kat diorg. Tiap2 hari nasi Budak tersedekahkan kat dy ne...
muahahahaa.....sempat jugak Budak snap gmbq dio nee....
harap dio xperasan....


Hujung minggu Budak bagi experience kpd  Eka(adik Budak)  menjual nasi..
Dia jugak yang nak ikutt....herher


                Paling Budak happy bila semua nasi Budak sold out x))) Alhamdulillah tiada pembaziran.. Terkadang syok sangat menjual sampaikan Budak lupa nak mkn. Tgh hari baru jumpa makanan,kadang2 sampai gastrik... Tokei Budak pun baikk,,,pemurahh,,,xkedekutt...nama dy Kak Ma..Kak Ma ne kawan baik mama Budak..Kali ne Budak dapat sekepala dgn dia.heheheee



Yang ne lawakkkk......Punya laaa kuat angin sampai terrbalikk payung.
Nasib baik xjatuh tgh jalan kene kereta.
Nasib baek juga ade pembantu tlg sama2 angkat payung x)
     
HAri terakhir menjual nasi pagi T__T
papa ku datangg singgah tgok Budak berjuall x))


            Banyak lagi laa peristiwa-peristiwa lawakkk xlarat Budak nak ceritakan semua... Dah laa Budak nak update entry punn ikut suasana jugak. Suasana xnyaman xde idea pulak. Sbb tuu lambat Budak update blog..


Secara kesimpulannya Budak dapat::

  • Berniaga merupakan sunnah Nabi..9/10 punca rezeki datangnya dari sektor perniagaan. Rupanya memang betul laa... Sekarang Budak dah experienced sdrii...
  • Menimba sedikit sebanyak selok-belok ilmu perniagaan.
  • Dapat mengikis perasaan malu yang xbertempat dengan berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat sepanjang menjual nasi.
  • Dapat mengasah kemahiran insaniah,iaitu kemahiran interaksi dengan masyarakat.
  • Dapat ringankan beban family. Diorang senang Budak kerja.. HAri2 dapat makan free x)))

Alhamdulillah misi berjayaaaa x)))
Semoga ilmu dan pengalaman yang ditimba dapat Budak gunakan di masa akan datang. aamiiiin yaaa Allah....

~Semoga semangatttt dalam menghadapi hari-hari sebagai mahasiswi UPM...

No comments:

Post a Comment

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...