Sunday, 29 October 2023

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله...

LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi kekangan masa punya pasal dan kekangan internet juga.. Di Bintulu ne Yaa Allahh line Maxis saaangatt bermasalah...Smpy terkeluar satu quote Budak:

Aku boleh sabar dengan perangai manusia tapi aku xboleh sabar dengan internet. 
(Budak :2015)

OKe berbalik pada tajuk..
Dalam musim study leave nie berbagai-bagai dugaan menimpa..satu,,satu...lama-lama 1000...hahaa

First-first,
Kaki Budak terseliuh..

Sebagai seorang muslim Budak muhasabah diri balik. Allah ingin hapus dosa Budak 

Thursday, 14 June 2018

Salam Shawal 1439h

SALAM 1 SHAWAL 1439H
3tahun aku beraya dengan suasana yang berbeza pertama kali dlm hidupku....
Sebelum tu.aku recap pada:
1436H(2015M): Rupanya tahun tersebut merupakan tahun terakhirku(kami) beraya d kg tempatku dbesarkan,Kota Bharu... Terakhir aku melihat wajah2 org kg,geng2 surau d situ...
1437H(2016M): Pertama kalinya pagi 1Shawal wajah pertama aku pandang ialah papa kandung ku... YA....aku beraya d umah beliau...Tahun tersebut aku memilih berapagi rya tnpa mama,papa(tiri) serta adik2ku...
1438H(2017M): Pertama kali jugaaa dlm hidupku sambut Shawal di tempat baru.. D mana mama ku dah berpindah...kami follow beliau.... Suasana 360° bbeza dri yg sebelumnya walaupn msih d negeri yg sama,Kelantan... Thn tersebut pula,,, aku,mama,dan adikku2 bersatu kembali..dan tanpa papa tiri :(
1439H(2018M): Iaituu tanggal tahun nie,2018M... Juga pertama kali dlm hidupku beraya tanpa mama,,tanpa papa,tanpa papa tiri,tanpa adik2....iaitu jauhh di perantauan,bumi Borneo Sarawak....
Air mataku kering sudah 3tahun berturut-turut malah hmpir tiap tahun 1Shawal aku nanges😂😂 Menangis dalam perngertian yang berbeza😂😂
Intipati khutbah Eid Fitri tahun ne:
Semoga Allah menerima amalan daripada kami dan kamu....maksud taqabbalallahu minna wa minkum..
Sebaknyaa mendengar khutbah hari raya,di sebuah masjid yg bakal ku rindu kelak ,Pusat Islam upmkb😭😭
An-Nahl:92
Bulan Shawal bln silaturrahim...bykkan berziarah...
Pesanan dlm khutbah:
1-Umat Islam harus bersyukuri dgn kehadiran
2-Umat Islam hrus istiqomah dalam amalan tnpa merosakkan dgn maksiat..
3-Umat Islam hndaklah saling ziarah-menziarahi n bmaaf-maafkan antra satu sma laen...
4-Umat Islam hndaklah puasa sunah d bln Shawal...
KENANGAN TERAKHIR DI BORNEO




3Shawal: Bertandang ke rumah Pn.Aisyah sekeluarga...Pertemuan yg singkat namun penuh bermakna

4 Syawal...
Too hard for me and i can't say GOODBYE to Bintulu Sarawak :((((
8.30pm flight membawaku terbang pulang ke bumi Semenanjung....
#Jangandiucapselamattinggal

Saturday, 18 March 2017

Sebuah Puisi: Permataku Yang Hlang

*Permataku yang Hilang*

Ternyata,
harapanku cuma tinggal harapan,
Harapan yang ku bina,
Kini bertemu jawapan,
Jawapan di mana harapan tinggal harapan,
Terkubur di lautan arus dunia..
Anak kecil yang ku hayunkan buaian,
Anak kecil yang ku pimpin tangannya ke masjid,
Adalah pemuda harapanku,
Harapan keluarga,
Harapan bangsa,
Harapan agama,
Harapan bangsa.!
Kini ku sedar,
Permata yang ku pimpin tangan nya ke masjid,
Yang ku hayunkan buaiannya sewaktu kecil,
Kini telah mengecewa kan aku,
Telah hilang,
Namun ku masih mengharapkan,
Sinar cahaya memancar kembali kilauan permata ku itu...


Karya Zombiee
17.08.17. 00:28


Friday, 25 November 2016

Anugerah Baden Powell(BP Awards) 2016

Assalamualaikum wbt...Sahabat2 kesayangan Budak yg setia menjenguk blog Budak. Dah lama sangat Budak x update kisah-kisah kat sini. Ramai yang bertanya kenapa xde update cerite pengakap... Memang banyak cerite ketinggalan dan insyaa Allah Budak akan update jugakkk..Cuma sibuk sikit,,sibuk kuliah dalam masa yang sama sibuk mengejar 'cinta' BP..ahahahaahaa

Btw, dalam entri kali ini suka Budak nak ceritakan mengenai pengalaman menjadi Calon BP Awards..

Tahun ini merupakan tahun yang ke-3 KLKM menganjurkan  Anugerah BP. Anugerah BP merupakan anugerah yang tertinggi dalam unit pengakap kelana yang dianugerahkan kepada ahli pengakap yang mengikuti skim latihan kelana.

Pelbagai kisah suka duka sepanjang perjalanan 'Road to BP'. Dan tidak kurang juga banyak emotional value.

Alhamdulillahhhh....AKMAL dianugerahkan BPA holders pada 2016.!!!!! Akmal dan 2org kelana lelaki adalah batch pertama dri Upm Kampus Bintulj Sarawak.!!!seterusnya membuka ruang kepada kelana-kelana untuk mara ke Pentarafan Anugerah BP pada tahun 2017..


#Entry bakal diubah tarikh n waktu ;)

Sunday, 19 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #4

Salam 14 Ramadan!!!

Alhamdulillah hari ini, Ahad sepatutnya sambungan Daurah kitab Muhammad Qutb tapi sedihnya Budak xdapat mengikuti sebab ada imtihan Bi. Kerana tidaksanggupan Budak nak bertemu lagii Bi sem dpn Budak hadirkan diri ke exam....errrr

Hari nie Alhamdulillah rezeki Budak dapat berbukak puasa free lagii.. Iftor jamaie hari nie bersama ISMA Cawangan Bintulu. Iftor jamaie dibuat d rumah Kak Ili di Kidurong. Mereka jemput kami dengan teksi walaupun Budak dah volunteerkan diri untuk merempit. Tambang taxi di Bintulu nie paham2 laa mahal. Tapi kos smua mereka yang tanggung. Yaa Allah terharunyaa.....Indahnya ukhwah jika bersandarkan keikhlasan kerana Allah swt.



#madrasahRamadan16
#akmalthejourneyofz
#upmkb
#bintulu
#KolejSriRajang

Saturday, 18 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #3

Salam 13 Ramadan!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi kerana hari ini Budak diberi kesempatan bersama dengan ISMA Bintulu, untuk menadah ilmu dalam kitab karangan Muhammad Qutb, iaitu adik kepada Syed Qutb yang berasal dari Mesir.
Kitab itu bertajuk "Hal Nahnu Muslimun"- Benarkah kita Islam?
Kitab ini dikupas oleh senior dari kalangan ahli ISMA Bintulu sendiri iaitu Akhi Zafry. Daurah ini diadakan di ADTEC Bintulu. Kehadiran Budak dalam majlis ilmu tersebut membuka lagi minda Budak mengenai hakikat dan realiti agama Islam dahulu dan sekarang. Bagi Budak Islam kini berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Sad to say, rupa2nya pemerintahan kita sekarang dan institusi raja2 banyak dipengaruhi illuminati sejak sekian lama. Sekarang Budak jadi buntu, apa patut Budak undi bila pilihanraya nanti???


Daurah berakhir pada jam 5.00 petang. Sebelum pulang Kak Kinah memberikan puding gula hangus bak kata oghe kelate atau nama 'komersial' nya puding karamel sebagai juadah berbuka puasa nanti x)))
Sangat istimewa puding gula hangus kerana ia menyimpan 1001 kenangan de sebalik puding tersebut. Kenangan sewaktu di Mesir dan kenangan sewaktu di rumah di mana mama Budak selalu buat puding tersebut terutama sekali di bulan puasa. <3 <3 <3
Pulang dari ADTEC dengan Kak Zati. Kami singgah di bazar Ramadan, dan Kak Zati pula belanjaa masyaa Allahh...Terharu Budak dengan kebaikan mereka. Mereka sangat pemurah dan dermawan. Semoga Allah membalas nya dengan kebaikan. Sedikit sebanyak budak terinspirasi dengan sikap-sikap mereka akhowat dan ikhwah ISMA.
Kak Zati datang ambil Budak di UPM dan hantar pulang. Ikutkan Budak rase boleh ja merempit dengan motor.... Tapi mereka nie sayang takut terjadi apa-apa maka Budak terpaksa akur laa....huhuhuu
Hari itu Budak rasa sangat bertuah kerana bukan sahaja dapat rezeki berupa ilmu tetapi juga dapat rezeki makan untuk berbuka. Kebetulan pula hari tersebut tiada iftor jamaie di Pusat Islam, Kak Zati pula belanja berbuka ^___^

**Tiada selingan gambar kerana fon Budak rosak sudah seminggu lebih xguna fon..Hanya berkomunikasi menggunakan fb ja**

Saturday, 11 June 2016

Travelog Ramadan Akmal 1437H #2

Salam 7 Ramadan!!!

Hari ini hari Sabtu genaplah satu minggu kita berpuasa. Sekejap saja masa berlalu.

Saja Budak ingin berkongsi. Suasana Ramadan di perantauan sangat lah bermakna lagi menyeronokkan jika kita sendiri yang menghidupkan suasana Ramadan tersebut. Bagaimana menghidupkan suasana bulan Ramadan itu?
Pertama ialah kita melakukan aktiviti di bulan puasa bersama-sama dengan rakan-rakan kita seperti berbuka puasa, bersahur, mendirikan solat terawih, bertadarus dan banyak lagi. Jika di

Kedua ialah membina suasana Ramadan di bilik dengan menghias bilik dengan suasana Ramadan seperti yang kita lihat di negara-negara Arab seperti Mesir. Kita mengalu-alukan kedatangan Ramadan. Ahlan Wasahlan yaaa Ramadan....

Begitulah antara cara yang Budak lakukan untuk menghidupkan dan merasai suasana puasa di perantauan.. Jika kita tidak mencipta dan mencari suasana Ramadan kita tidak akan merasai suasana Ramadan itu.

Cerita lepas tarawikh...
Budak balik ke bLok asrama..belum sempat bukak pintuu,,,dari jauh si Faiqah;
"Malll......ade makannann.....nahhh ambik.."
nahh gebebubbb satuu bag plastikk bsaq,,,banyak gilaaa dengan nasi kerabu,kuih, roti dan lain2 lagii..xtau mana mereka pii iftorr....
Belum sempat pintu bilikk ditutupp,,,
datang semangkuk lagii kuih,,,dari Kak Pijooo...rupanya dia wssap Budak dri td lagi Budak baru tengok....
Alhamdulillah rezeki bulan Ramadan,,, bagi Budak Ramadan tahun nie di perantauan terasa laa nikmat suasana tersebut ^___^

#upmkb
#akmalthejourneyofz
#madrasahRamadanBintulu
x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x~x

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...