Tuesday, 19 January 2016

Catatan Pengembaraan ke Santubong,Kuching Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Pemilik mutlak seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, entry kali ini sangat menarik Budak narrate catatan Budak dalam perjalanan ke Kuching dari Bintulu. Ini adalah expedisi pertama bersama anggota pengakap KLKM Upm. Dan Budak sangat bersyukur dapat menjelajah banyak tempat di Sarawak. Harapan Budak selepas ini Budak akan merebut sebanyak peluang untuk menjelajah bumi Sarawak yang sangat kaya dengan khazanah-khazanah unik seperti terpampang di dada buku epik.






Bermula lah kisah,
|9 Januari 2016| Sabtu|

5.30am-
Seawal ini kami bangun,dan kami mengangkut brg dari blok ke Dataran C, tempat berkumpul sebelum bertolak.

7.00am- 
taklimat dari Sir Kon dan En.Hakim. Banyak pesanan dan amanat yang diberikan sebelum kami memulakan pengembaraan. Nasihat mereka tak tumpah seperti seorang ayah berpesan kepada anak-anaknya. 



7.30am-
Mula bertolak.kami keluar melalui pintu Nyabau.

7.48am
Bus melalui jalan ke airport Bintulu..
Udara hari ini sangat nyaman.aku,sidah mengambil seat depan sebelah En.Hakim. Tidak sangka kami boleh berjiran dengan En.Hakim dalam bus. Kekeke
Yaa Allah.Kau permudahkan lah urusan aku dan sahabat2ku sepanjang pengembaraan kami..

8.10am-
Hujan skejap di perjalanan. Sempat juga aku bersembang dengan En.Hakim. Masing-masing berkongsi cerita dan pengalaman mengembara di tempat orang. Bangga aku dengan En.Hakim, banyak negara sudah beliau merantau termasuklah Mesir, Turki dan tidak lupa juga Europe. Pada masa itu lah En.Hakim mengorek satu rahsia dari Budak, "Eh you dulu belajar di Mesir kan?"

8.23am-
kami sekarang di Daerah Tatau. Di sini lah kami akan bertandang nanti untuk menyerah kutipan sumbangan bencana alam. Sangkaanku Tatau agak jauh dari Upm rupanya hanya mengambil masa kurang 2jam untuk sampai sana.

9.32am-
tiba di Rnr Selangau...
Kata pakcik driver bus, En.Miraei dri Sibu kita boleh ke Mukah..

10.05am-
teruskan perjalanan slepas ne masuk ke Sibu..

10.12am-
melalui jmbtn Sg.Duat.

10.35am-
Kami melalui jambatan Sg.Oya. 

10.42am-
Kami melalui sebuah sekolah, Sk.Sg.Sibintek.

10.44am-
saya n Sidah dihidangkan dengan nyanyian merdu En.Hakim yg menggunakan earfon..Tanpa disedari kami curi-curi selfie xD

10.47am-
lg 32km lg nk sampai Sibu..

10.58am-
Melintasi rumah Seri Kenangan(warga tua)

11.01am- 
Sekarang kami berada di Sibu..

11.20am-
Sekarang di petronas Sibu..lps ne lalu simpang Sarikei. kemudian sampai di Betong..

11.37am-
Kami meneruskan perjalanan kami.

11.43am-
kami nmpak sekumpulan ekspedisi ber basikal.

1.50pm-
Kami tiba di RnR Betong. Satu perkara yang buat aku kagum ialah, selama aku travel aku xpernah jumpa RnR yang begitu bersih lagi ceria. Penjaga RnR sini mengaplikasikan aspek kebersihan yang menjadi teras utama dalam agama Islam.



Selain itu aku jumpa satu buah pelik yang hanya dapat ditemui di Sarawak saja. Yang sebelah kanan berwarna hitam itu ialah buah dabai.

Kami juga sempat merasa aiskrim yang bagi kami "rare".

2.38pm-
Kami menyambung perjalanan kami. Aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan RnR Betong. Aku rela travel 9jam ke Kuching untuk balik semenanjung mengambil flight dari Kuching semata-mata untuk berhenti di RnR Betong.
#throwback sewaktu tahun 2009, aku dapat tawaran ke MRSM Bentong, Pahang. Mrsm tersebut merupakan Mrsm yang baru dibuka. Terdapat satu lagi Mrsm yang baru dibuka tahun tersebut iaitu MRSM BETONG, SARAWAK. Aku naik cuak. Double check takut dikhuatiri dapat posting ke Sarawak.
Dan sekarang, apabila menyebut perkataan "BETONG" aku selalu bayangkan BENTONG di Pahang. Pertama kali aku menjejak kan kaki di BETONG, dan aku rasa sangat teruja. Sangat indah pemandangannya. Jauh dari hiruk pikuk bandar.



2.47pm-
cuaca mulai berubah..hujan...

3.00pm-
lalu Sg.Skrang..Mendengar nama sungai tersebut terus fikiran ku melayang teringat akan sejarah seorang pahlawan orang Iban Sarawak yang sangat disegani iaitu Rentap. Beliau juga digelar dengan Pahlawan Sungai Skrang kerana beliau berpengaruh di kawasan Sungai Skrang,Betong yang juga merupakan tempat lahir beliau disitu.

4.14pm-
terdpt sedikit contruction.

5.20pm-
 tiba d petronas Serian



Sekitar bandar Serian:






5.35pm-
bgerak...ada 68km lg tuk smpy.. aircond bus buat masalah jd dibuka tingkap atas..

6.09pm-
hujn lebat kembali..

6.23pm-
Yeahh Kuching 24km lagii

6.40pm-
sudah smpg d Kch.

6.57pm-
mundar mandir d bndr Kch..nmpak bus terminal,xjauh suda dri epot..

7.15pm-
bhenti di Kubah Ria. mkn mlm..Sidah makan nasi ayam madu+mushroom soup+jus epal. Aku makan kue teow+tea o peng..

8.24pm-
Kemudian kami gerak ke camp site Santubong..Pengembaraan kami hampir sampai ke destinasi, iaitu Pusat Kokurikulum Negeri, Kem Santubong.

10.00pm-
Akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Panorama sekeliling kurang jelas kerana waktu malam agak gelap menghadkan penglihatan kami. 

Friday, 20 November 2015

a.k.a Budak Teh Tarik

Assalamualaikum wbt..

Nk bgtau acc Budak Teh Tarik suda bertukaq nama kepada yg 'proper' sikit iaitu "Lionel Akmal binti Johari" ....proper kan :3

Ecely sbb acc gmail Budak ne dah jadi official email pulak deyhh....semua assgment antaq guna email nie..wkwkwkkk xD

Once scouting forever scouting

Assalamualaikum warohmatullah...

Lama rasanya xmengupdate blog...Nak diceritakan memang banyak pengalaman/moment baru,pahit,manis,masin sepanjang melangkau masuk semester 3.. Banyak kerja akademik maupun kerja kokurikulum sehingga tiada kesempatan Budak nak mencoret cerite kat sini... Banyak Budak share on the spot di instagram,facebook dan kadang2 wechat.

Oke lah..

PENGAKAPP.!!!!

Kami di UPM Bintulu, pada semester 3 kami ada kokurikulum berkredit(KKB). Disebabkan kami nie 1 kos bachelor je kat sini. dan batch kami brp kerat je yg ambil kokurikulum berkredit. Jadi kami tiada pilihan untuk memilih koku yg kami minat. Batch kami diberi kokurikulum Futsal.. Allahh... Budak XMINAT FUTSAL..!!!! Budak dtg sini pun bawak bola tampar. kLo ada aktvt main futsal Budak mmg surrender awal2...So nak xnak kena jugak la masuk walau terpaksa...

AMAZINGLY,,,,masyaa Allah Maha hebat perancangan Allah...

Start batch kami ditubuhkan satu kokurikulum berkredit baru,iaitu PENGAKAP KLKM.!!!
KLKM-Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia..

Budak dapat wsap dari Pegawai yang menguruskan hal ehwal Pelajar, di mana batch kami di offer untuk join pengakap, apa lagiii excited tahap gabannnnnn.......... Rupanya ada rahmat besar kenapa Allah hantar Budak dari Mesir ke bumi Borneo, rupanya untuk aktif berpengakap lagiiiiiii..... Sejak dari sekolah slogan "Sekali berpengakap selamanya berpengakap" tersemat di dalam jiwa setiap ahli setia pengakap...

BUdak, Patrik, Sandy memang budak pengakap dari zaman sekolah lagi join..Patrik dan Sandy sempat juga merangkul Pengakap Diraja tapi Budak tiada rezeki...


Mmg Budak xpernah aspect dapat kembali berpengakap namun di sini syukur sangat2.... Ditambah pula kami dapat dua orang jurulatih pengakap yang sangat komitmen tinggiii terhadap pengakap....Allah,,,Budak rasa syukurr sangat...xmampu rasanya nak balas jasa mereka..Sir Kon dan En.Hakim..

Insyaa Allah diupdate lagi dari semasa ke semasa mengenai aktiviti pengakap di sini..^^
Barisan krew kami yang GAH.!!!



Friday, 19 June 2015

Ramadan 1436H fi ardhu Sarawak

السلام عليكم ورحمة الله....

Tahun ne merupakan kali pertama Budak berpeluang sambut Ramadan di bumi Bintulu, Sarawak. Sebelum nie kalo tengok di kaca tv jadual waktu berbuka n sahur di seluruhdaerah di Malaysia, selalu jelezz ngan Sarawak sbb berbukak awal..Naah,,sekarang Budak dapat merasai sendirii berbuka dan sahur kat sini.. Sememangnya sangat best. Banyak aktiviti di Pusat Islam UPM Kampus Bintulu. But sad to say, sekarang Budak degree lagi fatrah imtihan :( Xsempat laa join semua program IHRAM versi UPMkb .. Cuma sempat taraweh jaa :((

Walaupun kat sini imsak lebih awal daripada Semenanjung tapi xterasa pape pun...Bez ape :D


1 Ramadan 1436H
Pelajar akhowat smpy suntuk ruang solat bhg perempuan..
hehe

Pelajar ikhwah sedang memenuhi ruang Pusat ISlam...
(Kuliah maghrib by: Ust Halim)

Tuesday, 19 May 2015

Kecewa..

Assalamualaikum dan Salam sejahtera sidang pembaca yang dikasihi...


Cuti midsem seminggu Budak balik kampung. Last minit seminggu sebelum cuti Budak beli tiket. Memang ini luar dari perancangan Budak. Budak balik pun xlama, Ahad smpy kampung Khamis dah bertolak balik Bintulu Sarawak. Tujuan Budak balik ialah,, sebab nak pergi temuduga SPA. Yeaa,,,SPA..untuk jawatan Latihan juru x-ray dan Juruteknologi Makmal Perubatan. Dengan kata laen, semua ne latihan separa perubatan laaa.. Akhir tahun 2014 pun Budak kene jugak temuduga tapi xpergi sebab dalam waktu kuliah. Pada mulanya Budak xingin nak masuk SPA. Alang-alang cuti,ade temuduga. BAlik je laaa...Buleh release tension jap walaupun keje berlambak di kolej...... Beberapa hari sebelum temuduga baru Budak survey mengenai jawatan tu.....Ohhhhh Myyy,,,,,semua silibus yang aku minatt.Of course laaa related to Medical... Waktu tuu baru laaa,sungguh2 nak pi interview. xkesah laaa kene patah balik masuk diploma kaaa asalkan dapat belajaq subject tuuu..Yaaa Allahhh aku rinduu subject MEdic, aku rindu dunia Dentistry kat Mesir...... Yaa Allah harap-harap aku dapat jwatan niee....

Kita merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik..
Minggu lepas, Budak cek keputusan... Unlucky, Budak xdapat jawatan tuu.... Kecewa tahap xtau nak kata ape,hampir nak ponteng kelas amali kimia petang tu....Cover dengan sakit gastrik..Ecely,skali ngan sakit batin juga :((
Jeritan batinku tiada siapa dengar, semua org yang Budak call no response.. Lagi menambahkan kesedihan :(((


#Balik kampus lepas cutii,,jenuh mengadap esaimeng yang bergunung.....Duit pun banyak habiz beli tiket...Allah tahu apa yang aku tidak tahu...

#budak tengah tunggu giliran untuk presentation Bi#

Friday, 1 May 2015

Seharian @ Brunei Darussalam

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah lepas cuti akhir semester 1, budak balik awal ke UPM kampus Bintulu. Seminggu awal kott..malas nak extend tiket punya pasal. Kena duit lagii.. Ade rahmat sebenarnya balik awal. Budak berpeluang melawat ke negara Bruneiii.... Walaupun sehari je pusing2 dalam tu, at least dapat jugak Budak kenal negara itu.hehehee

Antara tempat yang dilawat ialah:


  1. Jerudong Park

Kanak-kanak riangg :P
2. Masjid Sultan Hassanil Bolkiah


3. Masjid Sultan Mohamad Ali Saifuddien


Balik sudaaa...




Sehari je dapat bertahan di Brunei....Duit sana sangat laaa mahall.... 1 Dollar Brunei bersamaan RM3.80..tukaq RM100 dapat 38 Dollar Brunei...Sebab tu laa ramai rakyat Brunei memilih untuk shopping di Malaysia iaitu Miri yang paling sempadan dengan Brunei..
Namun banyak juga pengalaman dapat ^__^

Sekurang-kurangnya dapat mengenali tempat orang dah kira cukup..Negara Brunei sangat tenang.

Yang paling Budak terharu ialah:



Tuesday, 24 February 2015

Pemergianmu

I still remember Kobie's smile face..
I still remember Princess naughty acts made us mad..
I still remember every seconds moment before i left them last August..
As i back to hometown 2nd weeks of Jan,
Surprisedly,all of them are sick :(
Kobie???!!!is it he??? He was totally different.!!He look skinny..
Many of Princess' baby 1week age,passed away..i can feel your feelings T_T
Zombiee died unexpectedly..In the morning i saw u healthy but that evening,i saw he paralysed!!
And Allah said in Al-Quran:
"We plan,,and Allah also plan..but Allah's plan is the best.."
I had to accept His qada' and Qadr..
30 January 2015|Friday..
Princess and Kobie both died together...
Out of my prediction.!!
That morning i feel happy to see Kobie's better. He smiled to me.. i saw Princess.She's still with her naughty behaviourr..
I left them..
As i back home,i just see 2 bodies lied under my jacket..my little brother wait for me to buried them..
Now,
I see only empty cage..with 1bunny inside,Junior..Allah take care for him,the only one my loves that left :(
Betapa aku sayang mereka,,aku rawat mereka sepanjang aku di rumh namun rencana Allah mengatasi kudrat aku..
Mereka adalah pinjaman Allah untuk menghiburkan hatiku..Bila2 masa saja Tuannya akan dtg minta balik brg yg dipinjam..Sesungguhnya mereka milik mutlak Allah..
#sedu-sedan sendiri drp dketahui oleh ahli rumh..
#awan mendung di hati kelopak xdpt menakung air mata akhirnya membasahi pipi..

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...