Tuesday, 19 April 2016

Catatan Pengembaraan: Mengembara ke pedalaman Sarawak, Dalat

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum wbt..

Insyaaa Allah entri kali ini mengenai catatan pengembaraan budak ke kampung Sungai Pinang,Dalat Sarawak.

              Cuti midsem selama seminggu bermula dari 9-17 April sudh pun berakhir. Ada yang pulang ke kampung di semenanjung, ada yang pulang Sabah, ada juga yang pulang ke daerah masing-masing bagi yang tinggal di Sarawak.. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan pergi bercuti, menjelajah bumi Sarawak ada juga yang pergi Sabah,tak kurang juga ada yang masuk Brunei. Ramai yang tidak melepaskan peluang keemasan ini, alang-alang sudah berada di tempat orang waktu ini lah  kita dapat mengenali tempat orang. Pengalaman yang dapat melalui daripada pengembaraan merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Kelak suatu hari nanti kita boleh ceritakan kepada anak cucu kita. Dan satu saat nanti pasti kita akan merindukan semua moment ini PERCAYALAH..... Yang baik dikenang yang buruk dijadikan sempadan dan mengambil pengajaran darinya. Bukan semua yang dapat peluang mengembara. Oleh itu jika ada kesempatan,rebutlah peluang ini. Hehee promote pulaaa.....Mana-mana mahasiswa/wi yang dicampakkan ke bumi Borneo ini adalah mahasiswa/wi yang beruntung. Beruntung dapat menjelajah negeri yang paling besar di Malaysia. Banyak ibroh dapat kita kutip. Keindahan alam ciptaan Allah buat kita berfikir tentang kebesaran kuasa Allah menjadikan kita lagi menginsafi diri. Mengembara memang mengeluarkan duit poket kita dan mungkin memakan belanja yang besar, tapi ini semua bukan satu kerugian kerana Islam juga menganjurkan umat nya supaya merantau/mengembara, mengenali tempat orang. Belajar budaya mereka dan berkenalan antara satu sama lain. Selari dengan sabda Allah dapat surah Hujurat ayat 10: "Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara."

          Kali ini krew pengakap KLKM UPM Kampus Bintulu Sarawak mengadakan pengembaraan menjelajah ke bumi Sungai Pinang, Dalat Sarawak.


Ini adalah peta pengembaraan kami



7.55am:
Kami bertolak dari UPM. Seperti biasa melalui laluan yang sama untuk ke Tatau dan Kuching.
Panorama pagi sangat indah, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saya membelek helaian demi helaian lembaran Al-Quran kalamullah mencari halaman terakhir yang saya baca lalu meneruskan bacaan.
Sungai Pinang, Dalat. Pelbagai persoalan bermain di fikiranku terutamanya sekali, short story sewaktu saya di Tingkatan 1, 'How Dalat Got Its Name'

8.35am:
Tilawah ku terpaksa dihentikan kerana bus terhuyung-hayang, saya jadi pening. Terdapat sedikit kesesakan berlaku di jalan yang masih dalam pembaikpulih..

8.43am:
Hujan mulai turun. Kini kami sudah memasuki Tatau.
Teringat pula kenangan melakukan aktivi gotong-royong bersama penduduk di Kg.Dagang Tatau. Penduduk di situ sangat peramah. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami dan kami disambut baik oleh mereka. Kami sangat terharu.
Saya tersedar dari lamunan seketika.

8.50am:
Banyak kilang kayu terutamanya di tepi sungai. Kilang-kilang ini dibina berhampiran sungai bagi memudahkan kayu balak diangkut. Kayu balak yang dihanyutkan melalui air sungai akan sampai ke kawasan kilang. Kemudian diproses kayu tersebut di kilang. Tidak kurang juga banyak bendera di sepanjang jalan kerana tidak lama lagi pilihan raya negeri Sarawak diadakan, pada 7 May 2016.

9.05am:
Terpegun saya melihat pelbagai rupa panjang di sepanjang jalan. Ada yang sudah moden ada pula yang tradisional. Jalanraya agak kurang bagus.

10.00am:
Kami tiba di RnR Selangau. Berhenti sekejap. Kemudian pada jam 10.13am kami teruskan perjalanan. Hujan masih lagi membasahi bumi.

11.15am:
Hujan mulai reda.

11.30am:
Sekarang kami sudah memasuki daerah Mukah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa kira-kira 3jam setengah. Kami berhenti seketika di bandar Mukah untuk makan tengah hari dan membeli sedikit barang untuk dibawa ke Dalat.


~*Sekitar bandar Mukah*~






12.30am:
Kami meneruskan perjalanan. Azan zohor berkumandang. Kami berhenti sekejap menunaikan solat zohor dan asar yang dilakukan secara jamak dan qasar di masjid Setiaraja. Cantik dan bersih masjid Setiaraja. Sangat selesa beribadat.
Bagi kami orang Islam kewajipan solat itu tetap harus dilaksanakan walaupun sedang bermusafir. Walau sesukar mana sekali pun. Namun Islam tidak memberatkan umatnya iaitu dengan memberi "rukhsah" atau keringanan dengan memberi kemudahan "jamak"-himpun 2waktu solat menjadi 1 contoh zohor dengan asar dan "qasar"-pendekkan iaitu memendekkan solat yang 4rekaat menjadi 2 rekaat. Kemudahan ini diberi kepada musafir yang mengembara lebih daripada 2marhalah-90km.






1.10pm:
Semua selesai sudah menunaikan solat. Perjalanan diteruskan. Kira-kira 1jam lagi untuk sampai ke jeti Dalat. Kemudian kami akan menaiki boat ke Kg.Sungai Pinang.
SUNGAI PINANG MUNG TUNGGU KAWE MAGHIIIIiiiii

Sewaktu singgah makan tadi sempat lagi saya beli bendera Sarawak xDDD


Hobi saya memang suka mengumpul barang-barang yang mempunyai identiti negeri tersebut, seperti bendera sebagai koleksi peribadi dan kenang-kenangan. hehehe

Bus UPM terchentaaa


1.25pm:
Sekarang sempadan Mukah/Dalat.. Terserempak dengan sepasukan polis sedang excort VIP.





Hospital Dalat

2.00pm:
Kami tiba di di jeti Dalat. Wahhhhh.......teruja betul saya. Pertama kali mengembara naik boat 30minit. Selalunya naik sampan ja menyeberangi Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand. Hehehe syukur sangat-sangat mempunyai peluang ini. 

Mood teruja....pertama kali naek speedboat dgn enjin 250 kuasa kuda.

2.25pm:
Boat mula bergerak. Saya ambil seat sebelah driver boat. Strategik punya seat saya boleh jenguk keluar tingkap boat.hehehe




Acah-acah...hehehe

hahahahaa.....laen terusss dgn cara acah-acah aku tadiii....
Kami merentasi Sungai Kut

Mcm kreta kebal...nampak kepala jakkk.hahahaa


Sg.Kut...sg ne asalnya kecik tp dibesarkan utk shortcut..jika tdak mreka akan melalui laut... Sungai ini merupakan cabang kepada Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dan cukup terkenal. Bertuah saya rasa dapat mengharungi sungai ini kerana sebelum ini saya pernah melihat Sungai Nil,di Mesir sungai yang terpanjang di dunia..Saya terlupa nama sungai ne, saya sebut Sg.Kun(perlahan-lahan sebut).patut laaa masa sebut rase pelik sikitt.... Maaf jurulatih pengakap saya,Sir Kon. Saya terrpanggil sungai ini Sungai Kun plakkk.!!! xDDD




Perkampungan di tepi sungai Kut.

Saujana luas mata memandang



3.05pm:
Alhamdulillah.....Kami tiba di destinasi.Kami berhenti di jeti SKK SK Sungai Pinang, Dalat.

Jeti SKK SK Sungai Pinang, Dalat

Sekitar kawasan SKK SK Sungai Pinang:






Kami disambut mesra oleh Guru Besar dan guru-guru SKK SK Sungai Pinang.
Guru Besar SKK SK Sungai Pinang, Dalat.


Sedikit mengenai lokasi Sungai Pinang, Dalat, Sarawak..:
  • Berada diDun N50 Bawang Asan Sibu..bhg parlimen Sibu,daerah Dalat.urusan2 kg dbwh Mato Daro..
  • Dari segi kesihatan: ada 3zon,gigi bwh Dalat,pnyakit bjangkit d bwh Mato Daro,Klinik kesihatan(smua jenis) bwh Kuala Igal.polis, Sg.Merah Sibu..
  • ada 4buah rumh pjg-xrmai sbb mreka dh bpindah...da 1 ldang kelapa swit..


Di SKK SK Sungai Pinang ada 
  • 12org guru,
  • 2kakitgn,
  • 2pkerja swasta(guard/operator genset-generator) ,
  • 2 cleaner.
*Sumber: Guru Besar SKK SK Sungai Pinang,Dalat. Cikgu Nazri


Sedikit taklimat ringkas untuk kami fasi-fasi UPM


Timbalan dekan HEP, Dr Aryatii.....

Cikgu Adrew bin Thomas Ujil

Persiapan untuk program keesokan.

.*******************************************

Bersambung entry seterusnya...
Sarawak sudah masuk waktu maghrib.....Budak beransur dulu....huhuhuu
Sambil nonton tv3 rancangan Kamek Sayang Sarawak.

#kameksayangsarawak
#akmalthejourneyofz

Wednesday, 13 April 2016

Catatan Pengakap: Kutipan derma untuk Kg.Dagang,Tatau Sarawak


[Catatan Perkhidmatan]
 Kutipan derma dan Gotong-royong surau di Kg.Dagang,Tatau Sarawak



         Seperti yang tersedia maklum bahawa kampung Dagang Tatau,Bintulu Sarawak telah ditimpa satu bencana alam iaitu ribut taufan pada hujung tahun lalu. Sejurus selepas itu kami krew pengakap kelanasiswa UPM Kampus Bintulu melancarkan kutipan derma di kampus Bintulu bagi meringankan beban mereka. Setiap kumpulan diberi kawasan masing-masing. Kumpulan kami melakukan kutipan derma di pejabat pengawal keselamatan dan perpustakaan.

Pejabat pengawal keselamatan


Perpustakaan UPM Kampus Bintulu
Alhamdulillah kami berjaya mengumpul sebanyak RM1200.00

              Kami merakamkan berbanyak terima kasih kepada penderma-penderma yang terdiri daripada mahasiswa/wi,staff-staff UPM, dan semua yang terlibat dalam kutipan derma ini. Semoga Allah membalasnya dengan kebaikan.

#berkhidmat
#sekaliBerpengakapSelamaLamanyaBerpengakap
#klkmupmkb15

#akmalthejourneyofz
#MisiJelajahSarawak

Saturday, 26 March 2016

Catatan Pengembaraan ke Tatau,Bintulu Sarawak





|Catatan Pengembaraan| Ke Kampung Dagang, Tatau Bintulu Sarawak|16 Mac 2016, Sabtu|

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum wbt.
Bertemu lagi kita dalam entri terbaru. Kali ini Budak nak share pengalaman pengembaraan sepanjang perjalanan ke Tatau. Pengembaraan singkat yang hanya mengambil masa hanya sejam dari kampus kami UPM Bintulu...
Syukur yang tidak terhingga akhirnya program di bawah kelolaan kumpulan kami berjalan dengan jayanya walaupun ditimpa bermacam-macam dugaan antaranya kekangan masa.


Saja mau perkenalkan wajah ahli keluarga baru KLKM ..selamat berkenalan yaa adik2 ^____^

7.30am:

Kami mula bertolak dari UPM. Hujan agak renyai-renyai dan bukit diselubungi kabus. Untuk ke Tatau kami melalui jalan yang sama untuk ke lapangan terbang Bintulu dan ke Sibu.



8.00am:

Simpang kanan adalah lapangan terbang. Keadaan jalan sekarang agak sibuk dengan kenderaan berat membawa kayu balak. Hal ini kerana jalan ini adalah jalan pelabuhan. Bentuk muka bumi yang berbukau, dengan hutan yang menghijau sangat menenangkan. Sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt mulutku basah memuji kebesaraan Yang Maha Esa, berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Bas melintasi bukit yang agak gondol kerana aktiviti manusia. Nampaklah tanah bukit tersebut berwarna merah, kelabu. Saya berbisik pada diri sendiri :’Semoga aktiviti penerokaan hutan ini akan mendatangkan lebih manfaat kepada manusia sejagat. Semoga ianya tidak mengganggu habitat makhluk Allah yang lain. ’ Sepanjang perjalanan kami hanya melalui kawasan hutan dan sungai. Terdapat juga aktivi pertanian tradisional bercucuk tanam. Antanya yang di tanam di lereng bukit ialah lada hitam. Di kawasan agak rata mereka menanam kacang panjang dan sebagainya. Tanaman mereka sangat subur. Tidak jauh dari tempat mereka menanam terdapat satu deret rumah panjang. Sepanjang perjalanan kami terjumpa banyak juga deretan rumah panjang. Ada rumah panjang tradisional dan ada juga yang moden. Rumah panjang moden diperbuat daripada konkrit dan terdapat piring astro hampir pada setiap pintu rumah panjang. Saya sangat teruja kerana tradisi mereka masih dikekalkan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.



8.10am:

Matahari pun semakin memunculkan diri dari ufuk timur.  Namun masih terdapat tompokan kabus.  Terkadang ia menyembunyikan diri di sebalik awan komulunimbus.



8.30am:


Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang di tuju iaitu Kampung Dagang, di Tatau Bintulu Sarawak. Pengembaraan 60km ini memakan masa satu jam. Bermundar-mandir seketika di sekitar kawasan kampung sebelum bas berhentikan kami. Yang menarik perhatian kami ialah Sekolah Kebangsaan Tatau. Sekitar halaman sekolah ini penuh dengan pelbagai jenis gajet pengakap. Firasat kami sekolah ini pergerakan pengakap kanak-kanak nya mesti aktif. Timbul di fikiranku untuk melawat dan bertemu dengan pasukan pengakap sekolah ini ^___^





8.45am:
Kami disambut oleh ketua kampung, Satim Ghafar dan ahli jawatankuasa kampung. Masyaaa Allah ini lah pertama kali kami bersua muka dengan ketua mereka semua,,peramah nya mereka sekelip mata saja ku sudah jatuh cinta dengan suasana kampung ini. Kami dibawa ke Bugis Cafe, salah satu kedai makan di kampung Dagang. Kami dijamu dengan sarapan pagi berupa kuih-muih dengan bihun. Sekarang kami sedang menunggu En.Hakim yang belum kunjung tiba. Rupa-rupanya sesattttt.....hahahahahahaa

Kami diraikan dalam satu majlis ringkas tapi sangat bermakna bagi kami. Ucapan dari Ketua Kampung, doa yang menusuk kalbu oleh salah seorang ulama di kampung ini dan ucapan dari ketua program, iaitu ketua kumpulan aku sendiri Saudara Hanif. Seterusnya penyerahan kutipan derma kepada Ketua Kampung.

Kami juga disedia maklum oleh Ketua Kampung yang mana kampung ini sangat aktif. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama penduduk kampung. Sangat kuat lagi utuh tali persaudaraan antara mereka. Mereka masih mengekalkan keharmonian kampung mereka. Setiap kali ada acara seperti majlis perkahwinan semua penduduk kampung terlibat paling kurang pun mengambil bahagian membuat persembahan. Suasana seperti ini tidak akan jumpa di bandar.


-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x--x-x-x-x-x-x-x-

Akan bersambung dalam entri seterusnya iaitu catatan lencana perkhidmatan..
;)

#travelogSarawak
#catatanPengembaraanPengakapku
#DoakanKuDapatBpAwardsNantiiii

Saturday, 5 March 2016

Minggu 1 kelas pengakap II

CATATAN PENGAKAP 
26/02/16

21:22
Minggu ini merupakan minggu pertama kuliah. Pelbagai perasaan aku rasa. Rasa give up. Rasa down.. Tiada semangat..
Semangat aku meningkat kembali apabila menghadiri kelas pengakap..Melihat seraut wajah Sir Kon sudh menaikkan semangat aku utk berkelana lagi...sehingga aku boleh jamin kita akan dapat anugerah Bp hjung thn nanti insyaaa Allah.. Yaaa Allah kekalkan lah semangat ini yaaa Allahhhh....ku harap tiada lg gangguan sem nie..checklist kena buattt!! jgn tdoq ja.!!!!!

21:39
progrm lencna perkhidmatan pending skrg nieeee..... - bln9 akan dicalonkan ke Bp award... 

21:53
rangka plan aktvt 2016 -aku salute juga laaa A.Afiq dy kuat semangat dan semangat kepimpinan tuu ada... -wowww....akn di arrangekan setiap hari Sabtu utk mengajar budak2 pengakap... -ajar permainan,nyanyian,simpulan ikatan..sejarah,,persetiaan,,undang2,,bercerita...

22:05
Sir surh refresh balikkk ilmu2 pengakap.tmsuk aku sdriii lemah simpulann walaupun aku penah ngajar budak2 heheee..... dan aku kena update juga bku log catatan...

 22:20
plan senang laaaa dlm kelas...nak laksanakan tuu sakit juga...


#PengakapII
#OneBigFamily
#klkmupmkb15

Kamek pulai sudaaa :((

Pejam celik pejam celik sudah abiz cuti sem Budak t____t... Ini first time rasa sayang nk tinggal rumah....Sayang nk tinggal business dgn mama aku. Sayang nk tinggal kawan2 ...Rindu mereka...Ada yang xsempat nak jumpa. Kawan baik zaman skolah dulu t_t Banyak aktiviti sewaktu cutii buat aku rasa malas nk naek sem baru..




3.13pm- 
Kini aku di Gate B7.. ku lihat di notice board ada perkataan pesawat Etihad..kenaling jugop bohh takut nyo wat salos flight sapa Mesir..Dan ku dengaq suara2 loghat sarawak meyakinkan ku betul laa flight nya...hehe
Smpy tadi  td kira2 jam 2.15pm..jauh jugaa berjalan dri gate A ke gate B..



3.37pm- tgh bukak wssap...kirim khbar kt kg...xlupa juga kt ummi Erin...huu banjir air mata akuu...aku krim khbr juga kt sir.. yaa Allah semoga sem nie lebih baikk dari sem duluu... Buka bekalan yang ditapau dari rumah. Dalam flight ke kL tadi dberi jus oren dgn kacang ja..



3.48pm- Terdengar pengumuman dlm bahasa arab..YAaa Allahh rinduuuu Mesirrrr 

4.51pm- dlm perut kapal daa...flight buruk plak ari ne.xdak screen..cuaca sdg hujan lebat juga...Jumaat mubarokah..

4.45pm- skrg aku di awangan...betul2 ats angin laaa.huhu flight asyik bergegar2 apabila berlanggar dgn awan..byk juga awan..yaa Allah cantik nya pemandangan dri ats..awan memutih langit membiru.terasa di kayangan.yaa Allah kalau la di atas awan ne pun indah,bagaimana di syurga kelak..
#muhasabah di sni aku menginsafi diri.kerdilnya aku...banyak tingkat awan..


6.40pm- landing flight d bumi Bintuluu.. Aduuh hati masih di kampung t____t

8.00pm-selamat smpy Upm alhamdulillah...

Tuesday, 16 February 2016

Kerja Amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching

[CERITE PENGAKAP]

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمةالله وبركته...

Entri kali ini Budak nak kongsikan pengalaman menarik bersama krew pengakap kelanasiswa buat kerja amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching :)

Catatan Pengembaraan dan Perkhidmatan.
Mengadakan Aktiviti Khidmat Masyarakat di  Sekolah Tunas Bakti Kuching.
Tarikh: 14 Januari 2016.


           Perjalanan dari Santubong ke Sekolah Tunas Bakti(STB) Kuching mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Hijau dan tenang mata memandang terpukau ku dek panorama yang sangat nyaman sekali. Sudah lama tidak merasa setenang seperti ini melihat bukit bukau dan hutan rimba yang masih asli belum diterokai. Ketenangan ini mungkin tidak akan dapat di tengah kota. Tujuan kami ke STB Kuching adalah sebagai kerja khidmat masyarakat dan beramah mesra bersama masyarakat.
            Melihat papan tanda Samarahan saya rasa sangat teruja. Sejak dari bangku sekolah menengah nama kota ini pernah tersemat di sanubari untuk menjejak kaki ke tempat ini suatu hari nanti. Saya rasakan ada sesuatu yang istimewa dengan kota ini. 10 tahun berlalu dan pada hari ini aku menjejakkan kaki di Kota Samarahan. Gembira tidak terhingga walaupun hanya sekadar singgah sebentar.

            Sampai di STB kami disambut baik oleh pengetua sekolah, Pn.Rohana binti Isnawi. Muda lagi orangnya, anggun, peramah, ceria dan sentiasa positif. Dan juga cikgu-cikgu sekolah tersebut.






Temuramah bersama Cikgu Zulkifli, guru Sekolah Tunas Bakti.

            Semasa bergotong-royong di sekitar kawasan STB sempat juga aku berbual-bual dengan cikgu sekolah ini. Saya sempat menemubual dengan Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli antara guru yang lama berkhidmat di skolah ini. Sangat peramah,sopan santun dengan kami. Sekilas pandang memang tidak menyangkakan beliau seorang guru di sekolah budak bermasalah. Saya kagum dengan perwatakan beliau yang kebiasaanya sopan santun, apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar beliau tidak kalah seperti singa garang. Beliau sudah masak dengan perangai pelajar-pelajar dan dapat membaca setiap helah mereka.

            Melalui temuramah dengan beliau dapat saya mengenali sekolah ini dengan lebih lagi. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). STB bergabung dengan Asrama Akhlak buat sementara waktu. Remaja yang dimasukkan ke sekolah ini adalah remaja yang mendapat perintah mahkamah untuk pengawasan yang lebih rapi lagi. Kes-kes remaja yang mendapat jagaan di sekolah ini adalah kes yang separa berat seperti kes buli, hisap gam, dan mencuri. Bagi kesalahan berat, jenayah mereka akan ditempatkan ke sekolah di bawah mahkamah seperti Sekolah Henry Gurney di Melaka sebagai pengganti kepada penjara. Remaja yang memasuki sekolah ini berusia kurang dari 18tahun.

Asrama Akhlak(AA)  ditempatkan buat sementara di STB. Kebanyakan mereka masih lagi kanak-kanak. Sekilas nampak riak wajah mereka, hati saya rasa sayu. Air muka kanak-kanak ini menampakkan mereka masih suci dan jika diasuh dengan sebaik mungkin, mereka berpotensi besar untuk menjadi insan yang berjaya di persada dunia suatu hari nanti.Kata Cikgu Zulkifli, kanak-kanak yang ditempatkan di sini tidak semua yang bermasalah. Ada yang ditempatkan di sini untuk mendapatkan perlindungan kerana ibu bapa mereka berada di penjara. Jika di luar sana, mereka tiada tempat bergantung dan akan memberi lebih kemudharatan kepada mereka. Di sini mereka akan mendapat sepenuh perhatian dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ada juga kanak-kanak di bawah 12tahun yang bermasalah dan mereka ditempatkan di Asrama Akhlak, bukan bersama dengan remaja lain di asrama STB kerana mereka masih kecil dan bagi mengelakkan perkara negative berlaku. 


Saturday, 6 February 2016

Menjadi jurulatih pengakap

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته




Minggu lepas Pengakap Daerah panggil untuk menjadi jurulatih budak sekolah menengah untuk simpulan dan ikatan. Budak menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka. Pengalaman pertama Budak menjadi jurulatih. Terimakasih pengakap daerah atas kepercayaan kepada Budak (^.^)v
Tidak Budak sangka pertemuan yang tanpa dirancang dengan Cikgu Nurul rahmat dari Allah kepada Budak dan pengakap. 'Pengakap itu bersaudara' lah katakan :)

Pengajaran yang Budak dapat, dunia belajar tidak sama dengan dunia yang sebenar di mana kita akan mengaplikasikan apa yang kita belajar untuk DIAJAR kepada masyarakat. Di situ Budak sedar, sewaktu kita belajar fokus betul-betul dan grab sebanyak mungkin ilmu. Niat apa yang kita belajar, kerana Allah DAN untuk mengembangkan lagi ilmu tersebut. Peperiksaan atau penilaian itu bukan titik akhir untuk kita bersenang-lenang, sebaliknya ia adalah kayu ukur tahapan ilmu kita untuk kita berkhidmat dalam kehidupan yang sebenar nanti.

Untuk Kursus Manikayu nanti, Budak at least sudah dapat merangka strategi untuk memanfaatkan sepenuhnya kursus tersebut itu nanti.

#mujahadah


Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...