Saturday, 5 March 2016

Minggu 1 kelas pengakap II

CATATAN PENGAKAP 
26/02/16

21:22
Minggu ini merupakan minggu pertama kuliah. Pelbagai perasaan aku rasa. Rasa give up. Rasa down.. Tiada semangat..
Semangat aku meningkat kembali apabila menghadiri kelas pengakap..Melihat seraut wajah Sir Kon sudh menaikkan semangat aku utk berkelana lagi...sehingga aku boleh jamin kita akan dapat anugerah Bp hjung thn nanti insyaaa Allah.. Yaaa Allah kekalkan lah semangat ini yaaa Allahhhh....ku harap tiada lg gangguan sem nie..checklist kena buattt!! jgn tdoq ja.!!!!!

21:39
progrm lencna perkhidmatan pending skrg nieeee..... - bln9 akan dicalonkan ke Bp award... 

21:53
rangka plan aktvt 2016 -aku salute juga laaa A.Afiq dy kuat semangat dan semangat kepimpinan tuu ada... -wowww....akn di arrangekan setiap hari Sabtu utk mengajar budak2 pengakap... -ajar permainan,nyanyian,simpulan ikatan..sejarah,,persetiaan,,undang2,,bercerita...

22:05
Sir surh refresh balikkk ilmu2 pengakap.tmsuk aku sdriii lemah simpulann walaupun aku penah ngajar budak2 heheee..... dan aku kena update juga bku log catatan...

 22:20
plan senang laaaa dlm kelas...nak laksanakan tuu sakit juga...


#PengakapII
#OneBigFamily
#klkmupmkb15

Kamek pulai sudaaa :((

Pejam celik pejam celik sudah abiz cuti sem Budak t____t... Ini first time rasa sayang nk tinggal rumah....Sayang nk tinggal business dgn mama aku. Sayang nk tinggal kawan2 ...Rindu mereka...Ada yang xsempat nak jumpa. Kawan baik zaman skolah dulu t_t Banyak aktiviti sewaktu cutii buat aku rasa malas nk naek sem baru..




3.13pm- 
Kini aku di Gate B7.. ku lihat di notice board ada perkataan pesawat Etihad..kenaling jugop bohh takut nyo wat salos flight sapa Mesir..Dan ku dengaq suara2 loghat sarawak meyakinkan ku betul laa flight nya...hehe
Smpy tadi  td kira2 jam 2.15pm..jauh jugaa berjalan dri gate A ke gate B..



3.37pm- tgh bukak wssap...kirim khbar kt kg...xlupa juga kt ummi Erin...huu banjir air mata akuu...aku krim khbr juga kt sir.. yaa Allah semoga sem nie lebih baikk dari sem duluu... Buka bekalan yang ditapau dari rumah. Dalam flight ke kL tadi dberi jus oren dgn kacang ja..



3.48pm- Terdengar pengumuman dlm bahasa arab..YAaa Allahh rinduuuu Mesirrrr 

4.51pm- dlm perut kapal daa...flight buruk plak ari ne.xdak screen..cuaca sdg hujan lebat juga...Jumaat mubarokah..

4.45pm- skrg aku di awangan...betul2 ats angin laaa.huhu flight asyik bergegar2 apabila berlanggar dgn awan..byk juga awan..yaa Allah cantik nya pemandangan dri ats..awan memutih langit membiru.terasa di kayangan.yaa Allah kalau la di atas awan ne pun indah,bagaimana di syurga kelak..
#muhasabah di sni aku menginsafi diri.kerdilnya aku...banyak tingkat awan..


6.40pm- landing flight d bumi Bintuluu.. Aduuh hati masih di kampung t____t

8.00pm-selamat smpy Upm alhamdulillah...

Tuesday, 16 February 2016

Kerja Amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching

[CERITE PENGAKAP]

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمةالله وبركته...

Entri kali ini Budak nak kongsikan pengalaman menarik bersama krew pengakap kelanasiswa buat kerja amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching :)

Catatan Pengembaraan dan Perkhidmatan.
Mengadakan Aktiviti Khidmat Masyarakat di  Sekolah Tunas Bakti Kuching.
Tarikh: 14 Januari 2016.


           Perjalanan dari Santubong ke Sekolah Tunas Bakti(STB) Kuching mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Hijau dan tenang mata memandang terpukau ku dek panorama yang sangat nyaman sekali. Sudah lama tidak merasa setenang seperti ini melihat bukit bukau dan hutan rimba yang masih asli belum diterokai. Ketenangan ini mungkin tidak akan dapat di tengah kota. Tujuan kami ke STB Kuching adalah sebagai kerja khidmat masyarakat dan beramah mesra bersama masyarakat.
            Melihat papan tanda Samarahan saya rasa sangat teruja. Sejak dari bangku sekolah menengah nama kota ini pernah tersemat di sanubari untuk menjejak kaki ke tempat ini suatu hari nanti. Saya rasakan ada sesuatu yang istimewa dengan kota ini. 10 tahun berlalu dan pada hari ini aku menjejakkan kaki di Kota Samarahan. Gembira tidak terhingga walaupun hanya sekadar singgah sebentar.

            Sampai di STB kami disambut baik oleh pengetua sekolah, Pn.Rohana binti Isnawi. Muda lagi orangnya, anggun, peramah, ceria dan sentiasa positif. Dan juga cikgu-cikgu sekolah tersebut.






Temuramah bersama Cikgu Zulkifli, guru Sekolah Tunas Bakti.

            Semasa bergotong-royong di sekitar kawasan STB sempat juga aku berbual-bual dengan cikgu sekolah ini. Saya sempat menemubual dengan Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli antara guru yang lama berkhidmat di skolah ini. Sangat peramah,sopan santun dengan kami. Sekilas pandang memang tidak menyangkakan beliau seorang guru di sekolah budak bermasalah. Saya kagum dengan perwatakan beliau yang kebiasaanya sopan santun, apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar beliau tidak kalah seperti singa garang. Beliau sudah masak dengan perangai pelajar-pelajar dan dapat membaca setiap helah mereka.

            Melalui temuramah dengan beliau dapat saya mengenali sekolah ini dengan lebih lagi. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). STB bergabung dengan Asrama Akhlak buat sementara waktu. Remaja yang dimasukkan ke sekolah ini adalah remaja yang mendapat perintah mahkamah untuk pengawasan yang lebih rapi lagi. Kes-kes remaja yang mendapat jagaan di sekolah ini adalah kes yang separa berat seperti kes buli, hisap gam, dan mencuri. Bagi kesalahan berat, jenayah mereka akan ditempatkan ke sekolah di bawah mahkamah seperti Sekolah Henry Gurney di Melaka sebagai pengganti kepada penjara. Remaja yang memasuki sekolah ini berusia kurang dari 18tahun.

Asrama Akhlak(AA)  ditempatkan buat sementara di STB. Kebanyakan mereka masih lagi kanak-kanak. Sekilas nampak riak wajah mereka, hati saya rasa sayu. Air muka kanak-kanak ini menampakkan mereka masih suci dan jika diasuh dengan sebaik mungkin, mereka berpotensi besar untuk menjadi insan yang berjaya di persada dunia suatu hari nanti.Kata Cikgu Zulkifli, kanak-kanak yang ditempatkan di sini tidak semua yang bermasalah. Ada yang ditempatkan di sini untuk mendapatkan perlindungan kerana ibu bapa mereka berada di penjara. Jika di luar sana, mereka tiada tempat bergantung dan akan memberi lebih kemudharatan kepada mereka. Di sini mereka akan mendapat sepenuh perhatian dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ada juga kanak-kanak di bawah 12tahun yang bermasalah dan mereka ditempatkan di Asrama Akhlak, bukan bersama dengan remaja lain di asrama STB kerana mereka masih kecil dan bagi mengelakkan perkara negative berlaku. 


Saturday, 6 February 2016

Menjadi jurulatih pengakap

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته




Minggu lepas Pengakap Daerah panggil untuk menjadi jurulatih budak sekolah menengah untuk simpulan dan ikatan. Budak menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka. Pengalaman pertama Budak menjadi jurulatih. Terimakasih pengakap daerah atas kepercayaan kepada Budak (^.^)v
Tidak Budak sangka pertemuan yang tanpa dirancang dengan Cikgu Nurul rahmat dari Allah kepada Budak dan pengakap. 'Pengakap itu bersaudara' lah katakan :)

Pengajaran yang Budak dapat, dunia belajar tidak sama dengan dunia yang sebenar di mana kita akan mengaplikasikan apa yang kita belajar untuk DIAJAR kepada masyarakat. Di situ Budak sedar, sewaktu kita belajar fokus betul-betul dan grab sebanyak mungkin ilmu. Niat apa yang kita belajar, kerana Allah DAN untuk mengembangkan lagi ilmu tersebut. Peperiksaan atau penilaian itu bukan titik akhir untuk kita bersenang-lenang, sebaliknya ia adalah kayu ukur tahapan ilmu kita untuk kita berkhidmat dalam kehidupan yang sebenar nanti.

Untuk Kursus Manikayu nanti, Budak at least sudah dapat merangka strategi untuk memanfaatkan sepenuhnya kursus tersebut itu nanti.

#mujahadah


Tuesday, 19 January 2016

Catatan Pengembaraan ke Santubong,Kuching Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, Pemilik mutlak seluruh alam semesta. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah, entry kali ini sangat menarik Budak narrate catatan Budak dalam perjalanan ke Kuching dari Bintulu. Ini adalah expedisi pertama bersama anggota pengakap KLKM Upm. Dan Budak sangat bersyukur dapat menjelajah banyak tempat di Sarawak. Harapan Budak selepas ini Budak akan merebut sebanyak peluang untuk menjelajah bumi Sarawak yang sangat kaya dengan khazanah-khazanah unik seperti terpampang di dada buku epik.






Bermula lah kisah,
|9 Januari 2016| Sabtu|

5.30am-
Seawal ini kami bangun,dan kami mengangkut brg dari blok ke Dataran C, tempat berkumpul sebelum bertolak.

7.00am- 
taklimat dari Sir Kon dan En.Hakim. Banyak pesanan dan amanat yang diberikan sebelum kami memulakan pengembaraan. Nasihat mereka tak tumpah seperti seorang ayah berpesan kepada anak-anaknya. 



7.30am-
Mula bertolak.kami keluar melalui pintu Nyabau.

7.48am
Bus melalui jalan ke airport Bintulu..
Udara hari ini sangat nyaman.aku,sidah mengambil seat depan sebelah En.Hakim. Tidak sangka kami boleh berjiran dengan En.Hakim dalam bus. Kekeke
Yaa Allah.Kau permudahkan lah urusan aku dan sahabat2ku sepanjang pengembaraan kami..

8.10am-
Hujan skejap di perjalanan. Sempat juga aku bersembang dengan En.Hakim. Masing-masing berkongsi cerita dan pengalaman mengembara di tempat orang. Bangga aku dengan En.Hakim, banyak negara sudah beliau merantau termasuklah Mesir, Turki dan tidak lupa juga Europe. Pada masa itu lah En.Hakim mengorek satu rahsia dari Budak, "Eh you dulu belajar di Mesir kan?"

8.23am-
kami sekarang di Daerah Tatau. Di sini lah kami akan bertandang nanti untuk menyerah kutipan sumbangan bencana alam. Sangkaanku Tatau agak jauh dari Upm rupanya hanya mengambil masa kurang 2jam untuk sampai sana.

9.32am-
tiba di Rnr Selangau...
Kata pakcik driver bus, En.Miraei dri Sibu kita boleh ke Mukah..

10.05am-
teruskan perjalanan slepas ne masuk ke Sibu..

10.12am-
melalui jmbtn Sg.Duat.

10.35am-
Kami melalui jambatan Sg.Oya. 

10.42am-
Kami melalui sebuah sekolah, Sk.Sg.Sibintek.

10.44am-
saya n Sidah dihidangkan dengan nyanyian merdu En.Hakim yg menggunakan earfon..Tanpa disedari kami curi-curi selfie xD

10.47am-
lg 32km lg nk sampai Sibu..

10.58am-
Melintasi rumah Seri Kenangan(warga tua)

11.01am- 
Sekarang kami berada di Sibu..

11.20am-
Sekarang di petronas Sibu..lps ne lalu simpang Sarikei. kemudian sampai di Betong..

11.37am-
Kami meneruskan perjalanan kami.

11.43am-
kami nmpak sekumpulan ekspedisi ber basikal.

1.50pm-
Kami tiba di RnR Betong. Satu perkara yang buat aku kagum ialah, selama aku travel aku xpernah jumpa RnR yang begitu bersih lagi ceria. Penjaga RnR sini mengaplikasikan aspek kebersihan yang menjadi teras utama dalam agama Islam.



Selain itu aku jumpa satu buah pelik yang hanya dapat ditemui di Sarawak saja. Yang sebelah kanan berwarna hitam itu ialah buah dabai.

Kami juga sempat merasa aiskrim yang bagi kami "rare".

2.38pm-
Kami menyambung perjalanan kami. Aku rasa aku sudah jatuh cinta dengan RnR Betong. Aku rela travel 9jam ke Kuching untuk balik semenanjung mengambil flight dari Kuching semata-mata untuk berhenti di RnR Betong.
#throwback sewaktu tahun 2009, aku dapat tawaran ke MRSM Bentong, Pahang. Mrsm tersebut merupakan Mrsm yang baru dibuka. Terdapat satu lagi Mrsm yang baru dibuka tahun tersebut iaitu MRSM BETONG, SARAWAK. Aku naik cuak. Double check takut dikhuatiri dapat posting ke Sarawak.
Dan sekarang, apabila menyebut perkataan "BETONG" aku selalu bayangkan BENTONG di Pahang. Pertama kali aku menjejak kan kaki di BETONG, dan aku rasa sangat teruja. Sangat indah pemandangannya. Jauh dari hiruk pikuk bandar.



2.47pm-
cuaca mulai berubah..hujan...

3.00pm-
lalu Sg.Skrang..Mendengar nama sungai tersebut terus fikiran ku melayang teringat akan sejarah seorang pahlawan orang Iban Sarawak yang sangat disegani iaitu Rentap. Beliau juga digelar dengan Pahlawan Sungai Skrang kerana beliau berpengaruh di kawasan Sungai Skrang,Betong yang juga merupakan tempat lahir beliau disitu.

4.14pm-
terdpt sedikit contruction.

5.20pm-
 tiba d petronas Serian



Sekitar bandar Serian:






5.35pm-
bgerak...ada 68km lg tuk smpy.. aircond bus buat masalah jd dibuka tingkap atas..

6.09pm-
hujn lebat kembali..

6.23pm-
Yeahh Kuching 24km lagii

6.40pm-
sudah smpg d Kch.

6.57pm-
mundar mandir d bndr Kch..nmpak bus terminal,xjauh suda dri epot..

7.15pm-
bhenti di Kubah Ria. mkn mlm..Sidah makan nasi ayam madu+mushroom soup+jus epal. Aku makan kue teow+tea o peng..

8.24pm-
Kemudian kami gerak ke camp site Santubong..Pengembaraan kami hampir sampai ke destinasi, iaitu Pusat Kokurikulum Negeri, Kem Santubong.

10.00pm-
Akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju. Panorama sekeliling kurang jelas kerana waktu malam agak gelap menghadkan penglihatan kami. 

Friday, 20 November 2015

a.k.a Budak Teh Tarik

Assalamualaikum wbt..

Nk bgtau acc Budak Teh Tarik suda bertukaq nama kepada yg 'proper' sikit iaitu "Lionel Akmal binti Johari" ....proper kan :3

Ecely sbb acc gmail Budak ne dah jadi official email pulak deyhh....semua assgment antaq guna email nie..wkwkwkkk xD

Once scouting forever scouting

Assalamualaikum warohmatullah...

Lama rasanya xmengupdate blog...Nak diceritakan memang banyak pengalaman/moment baru,pahit,manis,masin sepanjang melangkau masuk semester 3.. Banyak kerja akademik maupun kerja kokurikulum sehingga tiada kesempatan Budak nak mencoret cerite kat sini... Banyak Budak share on the spot di instagram,facebook dan kadang2 wechat.

Oke lah..

PENGAKAPP.!!!!

Kami di UPM Bintulu, pada semester 3 kami ada kokurikulum berkredit(KKB). Disebabkan kami nie 1 kos bachelor je kat sini. dan batch kami brp kerat je yg ambil kokurikulum berkredit. Jadi kami tiada pilihan untuk memilih koku yg kami minat. Batch kami diberi kokurikulum Futsal.. Allahh... Budak XMINAT FUTSAL..!!!! Budak dtg sini pun bawak bola tampar. kLo ada aktvt main futsal Budak mmg surrender awal2...So nak xnak kena jugak la masuk walau terpaksa...

AMAZINGLY,,,,masyaa Allah Maha hebat perancangan Allah...

Start batch kami ditubuhkan satu kokurikulum berkredit baru,iaitu PENGAKAP KLKM.!!!
KLKM-Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia..

Budak dapat wsap dari Pegawai yang menguruskan hal ehwal Pelajar, di mana batch kami di offer untuk join pengakap, apa lagiii excited tahap gabannnnnn.......... Rupanya ada rahmat besar kenapa Allah hantar Budak dari Mesir ke bumi Borneo, rupanya untuk aktif berpengakap lagiiiiiii..... Sejak dari sekolah slogan "Sekali berpengakap selamanya berpengakap" tersemat di dalam jiwa setiap ahli setia pengakap...

BUdak, Patrik, Sandy memang budak pengakap dari zaman sekolah lagi join..Patrik dan Sandy sempat juga merangkul Pengakap Diraja tapi Budak tiada rezeki...


Mmg Budak xpernah aspect dapat kembali berpengakap namun di sini syukur sangat2.... Ditambah pula kami dapat dua orang jurulatih pengakap yang sangat komitmen tinggiii terhadap pengakap....Allah,,,Budak rasa syukurr sangat...xmampu rasanya nak balas jasa mereka..Sir Kon dan En.Hakim..

Insyaa Allah diupdate lagi dari semasa ke semasa mengenai aktiviti pengakap di sini..^^
Barisan krew kami yang GAH.!!!



Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...