Tuesday, 17 May 2016

Kelas ladang terakhir... Program Buku Hijau





بسم الله الرحمن الرحيم....

Suatu hari nanti pasti ku merindui....

Kelas Buku Hijau..
Bersama Dr. Joseph dan Dr Patricia...
Bersama staff-staff TPU..

Tanggal 13 May 2016 merupakan hari terakhir kami kelas Buku HIjau. Program Buku Hijau merupakan satu-satunya program yang ada di IPT Malaysia dan UPM merupakan satu-satunya Universiti yang menjalankan program ini. UPM Kampus Bintulu. Kerajaan telah membelanjakan sebahagian peruntukan untuk program Buku Hijau ini.

Yang terlibat dengan program ini adalah pelajar dari Diploma dan Bachelor di UPM Kampus Bintulu. Program ini lebih kepada pendedahan kepada dunia pertanian. Diadakan pada setiap hari Jumaat. Terdapat 6 Siri Program Buku Hijau di mana setiap pelajar perlu mengambil 4 siri selama 4 semester.
Di penghujung setiap semester diadakan pembentangan tentang hasil pembelajaran sepanjang sem tersebut.

Dalam hidup Budak xkan pernah bermimpi akan terjun kolam, bercucuk tanam di tengah panas terik matahari, menggunakan jentera-jentera pertanian. Memang Budak tiada lah pernah melakukan semua aktiviti ini sebelum masuk UPM walaupun hidup berlatar belakang kampung. Tapi kampung tempat Budak tinggal nie kampung dekat dengan bandar. Selalunya kerja-kerja macam nie dilakukan oleh orang dewasa lelaki terutama nya sekali. Sebelum nie bidang Budak dalam sains tulen, Pergigian. Pertama kali bertukar bidang nie agak berbeza sikit point of view. Tapi still Budak carry pemikiran yang dulu, sekarang sudah 2 tahun Budak berkelana di bumi Bintulu Sarawak masih juga Budak tidak dapat menyesuaikan diri lagi dengan persekitaran di sini. Persekitaran di Mahsa Universiti, Gamaah Mansoura dengan IPTA UPM Kampus Bintulu sangat berbeza. Okee STOP.!! hahaa bukan itu topik yang Budak nak bercerite... Fokus Budak ialah pengalaman selama 4 semester dengan Program Buku Hijau.


Flashback Semester 1:





Flashback Semester 2:

-Pengurusan Tanaman Budah-buahan

Buah naga baru berbuahh heee

Belajar buat perangkap lalat buahhhh xDD
Belajar kaedah propagate pokok jambu- Tut
 Tut atau dikenali sebagai Air Layering atau Marcott merupakan kaedah pembiakan tumbuhan secara asexual di mana ciri-ciri pokok induk sama dengan anak pokok. Kaedah ini sesuai untuk semua jenis pokok dan kaedah ini kaedah paling senang untuk menghasilkan anak pokok. Lepas niee boleh laaa cuba kat rumah... Cari root hormone boleh buat di rumah. Hehehe

Menanam pokok Lemon. Ohhh lupa nak pi tengok mcm mana keadaaan pokok yang kami tanam sekarang.hahaaa


Lelaki berkemeja itu lah pensyarah kami... Prof.Dr Joseph Boong

Lemon yang berpenyakit. Diserang oleh Leaf Miner


Semua ada....Kelapa nie petik dari ladang jugaa.a...hehehe

Flashback semester 3:


Pembiakan telur ikan-budak diploma buat...Bukan Budak.hahaaa







Paling bezt laaa terjunn kolam

    

Kolam ikan tilapia





















Flashback semester 4:
-baru-baru ini-













Last moment of Green Book Programme :((((

Kalo xdisebabkan tercampak ke sini xkan Budak dapat merasai pengalaman seperti ini..
Syukur alhamdulillah..
Bersangka baik dengan Allah kerana sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Seperti firman Nya dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


#akmalthejourneyofz
#programbukuhijau
#upmkb
#bsbi
#2014
#2015
#2016

Wednesday, 11 May 2016

Monologue Egypt 8 ~

Assalamualaikum wbt..
Kepada pengunjung setia bLog Budak semoga bahagia selalu ^__^

Dalam seminggu nie(Minggu ke-2 bulan May) xsempat Budak nak update entry.. Cerite pengakap ada banyak lagii belum sempat nak sambung. Insyaa Allah akan di update juga sebelum masuk minggu ke-3 ... Sedikit pengumuman,, kalo korang smua ade perasan ada entry YANG HILANG! o.o
Yahh,,,,Catatan pengakap yang hilangg.....Budak terpaksa sorokkan seketika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan insyaa Allah nanti akan repost balik ^__^

Sebenar nya Budak baru je bukak buku Bi,  nak siapkan esaimengg yg sepatutnya siap mingggu niee. Tiba-tiba rindu kat pengunjung setia bLog Budak. Jadi dicoretkan sedikit entry... Tiba-tiba Budak nak share satu lirik lagu niee... hehe tajuknya, Mahar Cinta-Devotees



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihati melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiapkan bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lamanya disudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama disudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya....

Tibe-tibe rase nak letak gambo nie ...xtau laaa spe~.~


#Akmalthejourneyofz

Friday, 6 May 2016

Aktiviti Khidmat Masyarakat di Kampung Dagang,Tatau Bintulu Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum wbt..

Insyaaa Allah kali ne Budak mo cerite sikit pengalaman melakukan aktiviti kebajikan di sebuah kampung di Tatau yang bersempadan dengan daerah Bintulu, Sarawak. Kampung ini diberi nama Kampung Dagang.

Merujuk kepada Skim Latihan Kelana,menjalani aktiviti kebajikan ini merupakan salah satu daripada keperluan untuk mendapatkan lencana Perkhidmatan di bawah pilihan D iaitu menjalankan projek bantuan yang boleh disampaikan kepada mangsa bencana alam.

Pada kali ini kami melakukan aktiviti kebajikan bersama penduduk Kampung Tatau. Cuaca pagi ini sangat cerah.
Kami berkumpul di Bugis Cafe.

Setibanya di Kampung Dagang kami berkumpul di sebuah restoran iaitu Bugis Cafe. Kami disambut mesra oleh ketua kampung dan ahli jawatankuasa kemajuan Kampung Dagang serta penduduk-penduduk kampung. Mereka sangat peramah. Mereka menyambut kami dalam satu Majlis 'Selamat Datang ke Kampung Dagang'. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis disambung dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan daripada Ketua Kampung Dagang diikuti ucapan dari wakil rombongan KLKM UPMKB.




Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...