Tuesday, 26 April 2016

Kenangan di Sungai Pinang, Dalat Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum wbt..

              Insyaaa Allah seperti yang dijanjkan dalam entry sebelum nie. Budak nak sambung balik cerite. hehe
Pengalaman sepanjang di Kg.Sungai Pinang, Dalat Sarawak.

            Selepas diberi taklimat, kami dikenalkan dengan keluarga angkat masing-masing. Apabila diumumkan keluarga angkat. Maka tampil lah sesusuk tubuh berwajah ceria iaitu Puan Ani. Pertemuan kami tak tumpah seperti seorang anak yang terpisah lama dengan ibunya. Indai dan apai merupakan gelaran ibu dan ayah dalam bahasa Iban.


            Usai bertemu kami dibawa pulang ke rumah panjang. Nama rumah panjang tempat kami tinggal ialah Rumah Juk. Untuk ke rumah panjang tersebut dari sekolah kalau ikut jalan darat berjalan kaki mengambil masa lebih 10minit. Jalan berbatu-batuan tanpa diturap agak menyukarkan sedikit untuk berjalan. Namun ini bukan satu penghalang bagi kami dan penduduk di sini.

Waktu maghrib(bg org Islam) dihabiskan dengan mengaji Al-Quran. Di rumah panjang yang majoriti kristian, waktu ini kanak-kanak berkumpul ramai-ramai dan membaca buku.
          Pertama kali tinggal di rumah panjang. Menarik juga laaa pengalaman. Tiada yang mngecewakan. Cuma, kejutan budaya itu ada laa sedikit. Saya nie nak dikatakan kureng hiburan tu, xde laa...Ada juga hiburan. Tapi kebiasaan budaya orang Melayu muslim la terutamanya, apabila masuk waktu maghrib akan tutup semua jenis hiburan, kedengaran bunyi suara tv dan berita saja. Kat sini waktu maghrib dorang masih pasang lagu kuat-kuat. Surprisingly, mereka suka lagu2 semacam dangdut. Yang kami terharu ialah ketika mereka berkumpul menonton tv, berkumandang suara azan maghrib dari corong tv. Mereka terus senyap tanpa menukar siaran. Apabila tamat azan mereka teruskan sembang-sembang. Situasi ini menunjukkan mereka menghormati agama Islam. Mereka banyak mengetahui halal haram dalam Islam. Malahan ada juga dalam kalangan ahli keluarga mereka yang beragama Islam.
Kucin yang comel


Isnin 11 April 2016

Sekitar kg.Sungai Pinang, Dalat, Sarawak :)



Boleh dikatakan boat adalah pengangkutan utama mereka.

Ada boat merupakan syurga mereka kerana jarak untuk ke sekolah terutamanya skali menjadi lebih dekat menggunakan jalan air.


Pagi yang indah di bumi Dalat :)




Kami dibahagikan kepada 2kumpulan besar. Kumpulan 1 menjadi fasilitator dan lagi 1 kumpulan bahagian gotong-royong sekolah. Fasilitator akan terlibat dengan aktiviti bersama-sama dengan murid-murid sekolah. Bahagian gotong-royong kami diberi 2 tugas besar iaitu melukis mural dan lagi 2 menyiapkan gazebo. Dan lain-lain tugas seperti membantu pihak sekolah menyediakan hidangan makanan. Saya merupakan antara jawatankuasa petugas bahagian gotong-royong. 


Buat gazebo..
Selasa 12 April 2016

Pada hari ini kerja-kerja menyiapkan gazebo dan mural diteruskan. Ada juga sebahagian yang uruskan bahagian dapur. Hari ini saya sibuk di dapur. Saya bersama 3,4 orang lagi menolong di bahagian dapur. Kami membersihkan ayam untuk diperap dan dibakar nanti.


Setia bersama skarf pengakap.herherher
Bertungkus-lumus sepanjang hari memBBq smpy dapat selsema --.--

Dalam masa yang sama di dewan,,









Warga sekolah SKK SK Sungai Pinang

Pada malamnya diadakan majlis penutup. Kebanyakan penduduk kampung yang terdiri daripada ibu bapa murid sekolah ini terlibat sama. Masing-masing menjamu selera dengan hidangan bbq tadi. Selesai sahaja upacara penutupan, mereka berkaraoke. Semua nampak gembira.

Persembahan daripada anak cilik SKK SK Sungai Pinang





Saat-saat terakhir bersama ibu angkat ku T___T




             Kesimpulan dan pengajaran saya dapat daripada penduduk kampung terutamanya sekali, ialah berjimat cermat. Selama ini saya suka membazir elektrik terutamanya sekali kerana bil elektrik murah. Di sini, saya dapat merasai kesusahan mereka yang terpaksa keluar masuk pekan setiap minggu untuk mendapat bekalan minyak diesel. Hal ini kerana elektrik mereka dijana menggunakan generator. Setiap malam mereka tidur bergelap,untuk menjimatkan diesel mereka tutup generator pada waktu malam.
             Selain itu untuk membersihkan badan setiap hari mereka menggunakan air hujan yang ditadah dan sungai. Air sungai yang diguna untuk mandi berwarna kuning. Pertama kali saya bukak pili air saya terkejut. Lama-kelamaan saya dapat terimanya. Walaupun kehidupan mereka tidak mewah, saya kagum mereka sangat mementingkan kebersihan. Rumah mereka sangat bersih seolah-olah tiada habuk langsung.
           Mereka juga sangat mementingkan akademik anak-anak mereka. Buktinya, ramai juga yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading.


Setakat ini sahaja catatan aktiviti perkhidmatan kami di SKK SK Sungai Pinang, Dalat Sarawak. 

Tuesday, 19 April 2016

Catatan Pengembaraan: Mengembara ke pedalaman Sarawak, Dalat

بسم الله الرحمن الرحيم....
Assalamualaikum wbt..

Insyaaa Allah entri kali ini mengenai catatan pengembaraan budak ke kampung Sungai Pinang,Dalat Sarawak.

              Cuti midsem selama seminggu bermula dari 9-17 April sudh pun berakhir. Ada yang pulang ke kampung di semenanjung, ada yang pulang Sabah, ada juga yang pulang ke daerah masing-masing bagi yang tinggal di Sarawak.. Tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan pergi bercuti, menjelajah bumi Sarawak ada juga yang pergi Sabah,tak kurang juga ada yang masuk Brunei. Ramai yang tidak melepaskan peluang keemasan ini, alang-alang sudah berada di tempat orang waktu ini lah  kita dapat mengenali tempat orang. Pengalaman yang dapat melalui daripada pengembaraan merupakan pengalaman yang sangat bermakna. Kelak suatu hari nanti kita boleh ceritakan kepada anak cucu kita. Dan satu saat nanti pasti kita akan merindukan semua moment ini PERCAYALAH..... Yang baik dikenang yang buruk dijadikan sempadan dan mengambil pengajaran darinya. Bukan semua yang dapat peluang mengembara. Oleh itu jika ada kesempatan,rebutlah peluang ini. Hehee promote pulaaa.....Mana-mana mahasiswa/wi yang dicampakkan ke bumi Borneo ini adalah mahasiswa/wi yang beruntung. Beruntung dapat menjelajah negeri yang paling besar di Malaysia. Banyak ibroh dapat kita kutip. Keindahan alam ciptaan Allah buat kita berfikir tentang kebesaran kuasa Allah menjadikan kita lagi menginsafi diri. Mengembara memang mengeluarkan duit poket kita dan mungkin memakan belanja yang besar, tapi ini semua bukan satu kerugian kerana Islam juga menganjurkan umat nya supaya merantau/mengembara, mengenali tempat orang. Belajar budaya mereka dan berkenalan antara satu sama lain. Selari dengan sabda Allah dapat surah Hujurat ayat 10: "Sesungguhnya kaum mukminin itu adalah bersaudara."

          Kali ini krew pengakap KLKM UPM Kampus Bintulu Sarawak mengadakan pengembaraan menjelajah ke bumi Sungai Pinang, Dalat Sarawak.


Ini adalah peta pengembaraan kami



7.55am:
Kami bertolak dari UPM. Seperti biasa melalui laluan yang sama untuk ke Tatau dan Kuching.
Panorama pagi sangat indah, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Saya membelek helaian demi helaian lembaran Al-Quran kalamullah mencari halaman terakhir yang saya baca lalu meneruskan bacaan.
Sungai Pinang, Dalat. Pelbagai persoalan bermain di fikiranku terutamanya sekali, short story sewaktu saya di Tingkatan 1, 'How Dalat Got Its Name'

8.35am:
Tilawah ku terpaksa dihentikan kerana bus terhuyung-hayang, saya jadi pening. Terdapat sedikit kesesakan berlaku di jalan yang masih dalam pembaikpulih..

8.43am:
Hujan mulai turun. Kini kami sudah memasuki Tatau.
Teringat pula kenangan melakukan aktivi gotong-royong bersama penduduk di Kg.Dagang Tatau. Penduduk di situ sangat peramah. Mereka mengalu-alukan kedatangan kami dan kami disambut baik oleh mereka. Kami sangat terharu.
Saya tersedar dari lamunan seketika.

8.50am:
Banyak kilang kayu terutamanya di tepi sungai. Kilang-kilang ini dibina berhampiran sungai bagi memudahkan kayu balak diangkut. Kayu balak yang dihanyutkan melalui air sungai akan sampai ke kawasan kilang. Kemudian diproses kayu tersebut di kilang. Tidak kurang juga banyak bendera di sepanjang jalan kerana tidak lama lagi pilihan raya negeri Sarawak diadakan, pada 7 May 2016.

9.05am:
Terpegun saya melihat pelbagai rupa panjang di sepanjang jalan. Ada yang sudah moden ada pula yang tradisional. Jalanraya agak kurang bagus.

10.00am:
Kami tiba di RnR Selangau. Berhenti sekejap. Kemudian pada jam 10.13am kami teruskan perjalanan. Hujan masih lagi membasahi bumi.

11.15am:
Hujan mulai reda.

11.30am:
Sekarang kami sudah memasuki daerah Mukah. Perjalanan dari Bintulu ke Mukah mengambil masa kira-kira 3jam setengah. Kami berhenti seketika di bandar Mukah untuk makan tengah hari dan membeli sedikit barang untuk dibawa ke Dalat.


~*Sekitar bandar Mukah*~






12.30am:
Kami meneruskan perjalanan. Azan zohor berkumandang. Kami berhenti sekejap menunaikan solat zohor dan asar yang dilakukan secara jamak dan qasar di masjid Setiaraja. Cantik dan bersih masjid Setiaraja. Sangat selesa beribadat.
Bagi kami orang Islam kewajipan solat itu tetap harus dilaksanakan walaupun sedang bermusafir. Walau sesukar mana sekali pun. Namun Islam tidak memberatkan umatnya iaitu dengan memberi "rukhsah" atau keringanan dengan memberi kemudahan "jamak"-himpun 2waktu solat menjadi 1 contoh zohor dengan asar dan "qasar"-pendekkan iaitu memendekkan solat yang 4rekaat menjadi 2 rekaat. Kemudahan ini diberi kepada musafir yang mengembara lebih daripada 2marhalah-90km.






1.10pm:
Semua selesai sudah menunaikan solat. Perjalanan diteruskan. Kira-kira 1jam lagi untuk sampai ke jeti Dalat. Kemudian kami akan menaiki boat ke Kg.Sungai Pinang.
SUNGAI PINANG MUNG TUNGGU KAWE MAGHIIIIiiiii

Sewaktu singgah makan tadi sempat lagi saya beli bendera Sarawak xDDD


Hobi saya memang suka mengumpul barang-barang yang mempunyai identiti negeri tersebut, seperti bendera sebagai koleksi peribadi dan kenang-kenangan. hehehe

Bus UPM terchentaaa


1.25pm:
Sekarang sempadan Mukah/Dalat.. Terserempak dengan sepasukan polis sedang excort VIP.





Hospital Dalat

2.00pm:
Kami tiba di di jeti Dalat. Wahhhhh.......teruja betul saya. Pertama kali mengembara naik boat 30minit. Selalunya naik sampan ja menyeberangi Sungai Golok sempadan Malaysia-Thailand. Hehehe syukur sangat-sangat mempunyai peluang ini. 

Mood teruja....pertama kali naek speedboat dgn enjin 250 kuasa kuda.

2.25pm:
Boat mula bergerak. Saya ambil seat sebelah driver boat. Strategik punya seat saya boleh jenguk keluar tingkap boat.hehehe




Acah-acah...hehehe

hahahahaa.....laen terusss dgn cara acah-acah aku tadiii....
Kami merentasi Sungai Kut

Mcm kreta kebal...nampak kepala jakkk.hahahaa


Sg.Kut...sg ne asalnya kecik tp dibesarkan utk shortcut..jika tdak mreka akan melalui laut... Sungai ini merupakan cabang kepada Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia dan cukup terkenal. Bertuah saya rasa dapat mengharungi sungai ini kerana sebelum ini saya pernah melihat Sungai Nil,di Mesir sungai yang terpanjang di dunia..Saya terlupa nama sungai ne, saya sebut Sg.Kun(perlahan-lahan sebut).patut laaa masa sebut rase pelik sikitt.... Maaf jurulatih pengakap saya,Sir Kon. Saya terrpanggil sungai ini Sungai Kun plakkk.!!! xDDD




Perkampungan di tepi sungai Kut.

Saujana luas mata memandang



3.05pm:
Alhamdulillah.....Kami tiba di destinasi.Kami berhenti di jeti SKK SK Sungai Pinang, Dalat.

Jeti SKK SK Sungai Pinang, Dalat

Sekitar kawasan SKK SK Sungai Pinang:






Kami disambut mesra oleh Guru Besar dan guru-guru SKK SK Sungai Pinang.
Guru Besar SKK SK Sungai Pinang, Dalat.


Sedikit mengenai lokasi Sungai Pinang, Dalat, Sarawak..:
  • Berada diDun N50 Bawang Asan Sibu..bhg parlimen Sibu,daerah Dalat.urusan2 kg dbwh Mato Daro..
  • Dari segi kesihatan: ada 3zon,gigi bwh Dalat,pnyakit bjangkit d bwh Mato Daro,Klinik kesihatan(smua jenis) bwh Kuala Igal.polis, Sg.Merah Sibu..
  • ada 4buah rumh pjg-xrmai sbb mreka dh bpindah...da 1 ldang kelapa swit..


Di SKK SK Sungai Pinang ada 
  • 12org guru,
  • 2kakitgn,
  • 2pkerja swasta(guard/operator genset-generator) ,
  • 2 cleaner.
*Sumber: Guru Besar SKK SK Sungai Pinang,Dalat. Cikgu Nazri


Sedikit taklimat ringkas untuk kami fasi-fasi UPM


Timbalan dekan HEP, Dr Aryatii.....

Cikgu Adrew bin Thomas Ujil

Persiapan untuk program keesokan.

.*******************************************

Bersambung entry seterusnya...
Sarawak sudah masuk waktu maghrib.....Budak beransur dulu....huhuhuu
Sambil nonton tv3 rancangan Kamek Sayang Sarawak.

#kameksayangsarawak
#akmalthejourneyofz

Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...