7.30am:
Kami mula bertolak dari UPM. Hujan agak renyai-renyai dan bukit
diselubungi kabus. Untuk ke Tatau kami melalui jalan yang sama untuk ke lapangan
terbang Bintulu dan ke Sibu.
8.00am:
Simpang kanan adalah lapangan terbang. Keadaan jalan sekarang agak sibuk
dengan kenderaan berat membawa kayu balak. Hal ini kerana jalan ini adalah
jalan pelabuhan. Bentuk muka bumi yang berbukau, dengan hutan yang menghijau
sangat menenangkan. Sambil menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt mulutku
basah memuji kebesaraan Yang Maha Esa, berzikir dan berselawat ke atas Nabi
Muhammad S.A.W.
Bas melintasi bukit yang agak gondol kerana aktiviti manusia. Nampaklah
tanah bukit tersebut berwarna merah, kelabu. Saya berbisik pada diri sendiri :’Semoga
aktiviti penerokaan hutan ini akan mendatangkan lebih manfaat kepada manusia
sejagat. Semoga ianya tidak mengganggu habitat makhluk Allah yang lain. ’ Sepanjang
perjalanan kami hanya melalui kawasan hutan dan sungai. Terdapat juga aktivi
pertanian tradisional bercucuk tanam. Antanya yang di tanam di lereng bukit
ialah lada hitam. Di kawasan agak rata mereka menanam kacang panjang dan
sebagainya. Tanaman mereka sangat subur. Tidak jauh dari tempat mereka menanam
terdapat satu deret rumah panjang. Sepanjang perjalanan kami terjumpa banyak
juga deretan rumah panjang. Ada rumah panjang tradisional dan ada juga yang moden.
Rumah panjang moden diperbuat daripada konkrit dan terdapat piring astro hampir
pada setiap pintu rumah panjang. Saya sangat teruja kerana tradisi mereka masih
dikekalkan tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
8.10am:
Matahari pun semakin memunculkan diri dari ufuk timur. Namun masih terdapat tompokan kabus. Terkadang ia menyembunyikan diri di sebalik
awan komulunimbus.
8.30am:
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang di tuju iaitu Kampung
Dagang, di Tatau Bintulu Sarawak. Pengembaraan 60km ini memakan masa satu jam. Bermundar-mandir seketika di sekitar kawasan kampung sebelum bas berhentikan kami. Yang menarik perhatian kami ialah Sekolah Kebangsaan Tatau. Sekitar halaman sekolah ini penuh dengan pelbagai jenis gajet pengakap. Firasat kami sekolah ini pergerakan pengakap kanak-kanak nya mesti aktif. Timbul di fikiranku untuk melawat dan bertemu dengan pasukan pengakap sekolah ini ^___^
8.45am:
Kami disambut oleh ketua kampung, Satim Ghafar dan ahli jawatankuasa kampung. Masyaaa Allah ini lah pertama kali kami bersua muka dengan ketua mereka semua,,peramah nya mereka sekelip mata saja ku sudah jatuh cinta dengan suasana kampung ini. Kami dibawa ke Bugis Cafe, salah satu kedai makan di kampung Dagang. Kami dijamu dengan sarapan pagi berupa kuih-muih dengan bihun. Sekarang kami sedang menunggu En.Hakim yang belum kunjung tiba. Rupa-rupanya sesattttt.....hahahahahahaa
Kami diraikan dalam satu majlis ringkas tapi sangat bermakna bagi kami. Ucapan dari Ketua Kampung, doa yang menusuk kalbu oleh salah seorang ulama di kampung ini dan ucapan dari ketua program, iaitu ketua kumpulan aku sendiri Saudara Hanif. Seterusnya penyerahan kutipan derma kepada Ketua Kampung.
Kami juga disedia maklum oleh Ketua Kampung yang mana kampung ini sangat aktif. Pelbagai aktiviti dilakukan bersama-sama penduduk kampung. Sangat kuat lagi utuh tali persaudaraan antara mereka. Mereka masih mengekalkan keharmonian kampung mereka. Setiap kali ada acara seperti majlis perkahwinan semua penduduk kampung terlibat paling kurang pun mengambil bahagian membuat persembahan. Suasana seperti ini tidak akan jumpa di bandar.
-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x-x--x-x-x-x-x-x-x-
Akan bersambung dalam entri seterusnya iaitu catatan lencana perkhidmatan..
;)
#travelogSarawak
#catatanPengembaraanPengakapku
#DoakanKuDapatBpAwardsNantiiii