Tuesday, 16 February 2016

Kerja Amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching

[CERITE PENGAKAP]

بسم الله الرحمن الرحيم...
السلام عليكم ورحمةالله وبركته...

Entri kali ini Budak nak kongsikan pengalaman menarik bersama krew pengakap kelanasiswa buat kerja amal di Sekolah Tunas Bakti Kuching :)

Catatan Pengembaraan dan Perkhidmatan.
Mengadakan Aktiviti Khidmat Masyarakat di  Sekolah Tunas Bakti Kuching.
Tarikh: 14 Januari 2016.


           Perjalanan dari Santubong ke Sekolah Tunas Bakti(STB) Kuching mengambil masa kira-kira satu jam setengah. Hijau dan tenang mata memandang terpukau ku dek panorama yang sangat nyaman sekali. Sudah lama tidak merasa setenang seperti ini melihat bukit bukau dan hutan rimba yang masih asli belum diterokai. Ketenangan ini mungkin tidak akan dapat di tengah kota. Tujuan kami ke STB Kuching adalah sebagai kerja khidmat masyarakat dan beramah mesra bersama masyarakat.
            Melihat papan tanda Samarahan saya rasa sangat teruja. Sejak dari bangku sekolah menengah nama kota ini pernah tersemat di sanubari untuk menjejak kaki ke tempat ini suatu hari nanti. Saya rasakan ada sesuatu yang istimewa dengan kota ini. 10 tahun berlalu dan pada hari ini aku menjejakkan kaki di Kota Samarahan. Gembira tidak terhingga walaupun hanya sekadar singgah sebentar.

            Sampai di STB kami disambut baik oleh pengetua sekolah, Pn.Rohana binti Isnawi. Muda lagi orangnya, anggun, peramah, ceria dan sentiasa positif. Dan juga cikgu-cikgu sekolah tersebut.






Temuramah bersama Cikgu Zulkifli, guru Sekolah Tunas Bakti.

            Semasa bergotong-royong di sekitar kawasan STB sempat juga aku berbual-bual dengan cikgu sekolah ini. Saya sempat menemubual dengan Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli antara guru yang lama berkhidmat di skolah ini. Sangat peramah,sopan santun dengan kami. Sekilas pandang memang tidak menyangkakan beliau seorang guru di sekolah budak bermasalah. Saya kagum dengan perwatakan beliau yang kebiasaanya sopan santun, apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar beliau tidak kalah seperti singa garang. Beliau sudah masak dengan perangai pelajar-pelajar dan dapat membaca setiap helah mereka.

            Melalui temuramah dengan beliau dapat saya mengenali sekolah ini dengan lebih lagi. Sekolah ini merupakan sekolah di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). STB bergabung dengan Asrama Akhlak buat sementara waktu. Remaja yang dimasukkan ke sekolah ini adalah remaja yang mendapat perintah mahkamah untuk pengawasan yang lebih rapi lagi. Kes-kes remaja yang mendapat jagaan di sekolah ini adalah kes yang separa berat seperti kes buli, hisap gam, dan mencuri. Bagi kesalahan berat, jenayah mereka akan ditempatkan ke sekolah di bawah mahkamah seperti Sekolah Henry Gurney di Melaka sebagai pengganti kepada penjara. Remaja yang memasuki sekolah ini berusia kurang dari 18tahun.

Asrama Akhlak(AA)  ditempatkan buat sementara di STB. Kebanyakan mereka masih lagi kanak-kanak. Sekilas nampak riak wajah mereka, hati saya rasa sayu. Air muka kanak-kanak ini menampakkan mereka masih suci dan jika diasuh dengan sebaik mungkin, mereka berpotensi besar untuk menjadi insan yang berjaya di persada dunia suatu hari nanti.Kata Cikgu Zulkifli, kanak-kanak yang ditempatkan di sini tidak semua yang bermasalah. Ada yang ditempatkan di sini untuk mendapatkan perlindungan kerana ibu bapa mereka berada di penjara. Jika di luar sana, mereka tiada tempat bergantung dan akan memberi lebih kemudharatan kepada mereka. Di sini mereka akan mendapat sepenuh perhatian dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ada juga kanak-kanak di bawah 12tahun yang bermasalah dan mereka ditempatkan di Asrama Akhlak, bukan bersama dengan remaja lain di asrama STB kerana mereka masih kecil dan bagi mengelakkan perkara negative berlaku. 


Saturday, 6 February 2016

Menjadi jurulatih pengakap

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته




Minggu lepas Pengakap Daerah panggil untuk menjadi jurulatih budak sekolah menengah untuk simpulan dan ikatan. Budak menerima tawaran itu dengan hati yang terbuka. Pengalaman pertama Budak menjadi jurulatih. Terimakasih pengakap daerah atas kepercayaan kepada Budak (^.^)v
Tidak Budak sangka pertemuan yang tanpa dirancang dengan Cikgu Nurul rahmat dari Allah kepada Budak dan pengakap. 'Pengakap itu bersaudara' lah katakan :)

Pengajaran yang Budak dapat, dunia belajar tidak sama dengan dunia yang sebenar di mana kita akan mengaplikasikan apa yang kita belajar untuk DIAJAR kepada masyarakat. Di situ Budak sedar, sewaktu kita belajar fokus betul-betul dan grab sebanyak mungkin ilmu. Niat apa yang kita belajar, kerana Allah DAN untuk mengembangkan lagi ilmu tersebut. Peperiksaan atau penilaian itu bukan titik akhir untuk kita bersenang-lenang, sebaliknya ia adalah kayu ukur tahapan ilmu kita untuk kita berkhidmat dalam kehidupan yang sebenar nanti.

Untuk Kursus Manikayu nanti, Budak at least sudah dapat merangka strategi untuk memanfaatkan sepenuhnya kursus tersebut itu nanti.

#mujahadah


Fatrah imtihan dan Ujian

السلام عليكم ورحمة الله... LAma rasanya BUdak xupdate blog.. Niat tu ada nak kongsi pelbagai cerite-cerite pengalaman menarik Budak tapi ...